“Menteri Tak Ikut SOP Punca Rakyat Tidak Percaya PKP”- Khairy Jamaluddin

Menteri tak ikut SOP

Isu Ahli Parlimen tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sedang kecoh diperkatakan dan ia merupakan salah satu faktor yang menyebabkan rakyat tidak mempercayai keberkesanan sekatan pergerakan penuh (total lockdown).

Menurut laporan Berita Harian, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata beliau mengakui perkara ini dan mengulas bahawa pemimpin sepatutnya menunjukkan contoh yang terbaik kepada rakyat.

Beliau juga berkata kegagalan Jemaah Menteri mematuhi SOP mengundang tanda tanya dalam kalangan masyarakat sekaligus menyebabkan mereka mempersoalkan keberkesanan dan ada segelintir individu yang tidak mematuhi sekatan pergerakan penuh yang telah dikuatkuasakan.

“Saya rasa dalam hal itu, kita memang ada buat kesilapan,” katanya.

Khairy yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) berkata rakyat sudah lesu patuhi SOP untuk tempoh yang lama merupakan salah satu faktor menyebabkan kerajaan sukar mengekang isu ini.

Advertisement

“Walaupun tiada negara yang mempunyai rekod tindakan paling sempurna dalam membendung krisis kesihatan ini, kita sebenarnya boleh melakukan yang lebih baik.

“Saya tidak menyalahkan rakyat kerana untuk mematuhi semua jenis kekangan dan larangan terhadap tindak tanduk kita sememangnya sesuatu (yang sukar).

“Akhirnya, pasti ada masa di mana orang ramai akan terleka,” katanya.

Khairy juga menyentuh isu percaturan program imunisasi berkata hasil perundingan semula dengan pembekal pelalian, beliau yakin Malaysia mampu memacu kadar inokulasi di seluruh negara.

Tambahnya, itu adalah jalan yang terbaik memandangkan bekalan hanya diperolehi daripada satu syarikat farmaseutikal.

“Sebab itu kita runding dengan pelbagai pihak dan perluaskan sumber portfolio vaksin,” katanya.

Sumber

SUMBERBerita Harian

Comments