Menu Istimewa Burger King Dengan Cairan Coklat Raih ‘Feedback’ Positif

Menu baharu Burger King.

Burger King ialah sebuah restoran makanan segera yang memfokuskan burger yang dibakar sebelum dijual kepada pelanggan. Jumaat lalu, Burger King telah mengeluarkan menu baharu buat pelanggan mereka.

Menu baharu itu ialah Chocolate Melt Beefacon dan Chocolate Melt Chick’N Crisp yang dihidangkan dengan coklat yang pasti membuatkan anda seperti makan waffle. Kini, ia sudah mula dijual di semua cawangan Burger King di Malaysia.

Rata-rata netizen yang telah mencubanya memberikan maklum balas yang positif dan berpendapat gabungan rasa burger dan juga cairan coklat ini tidak muak dimakan.

Ada diantara mereka yang mengatakan menu istimewa baharu ini sedap walaupun pada mulanya berasa pelik.

Advertisement

Buat mereka yang belum mencuba, tunggu apa lagi? Jom dapatkan dua menu istimewa ini sementara ia masih ada.

SUMBER

SUMBERThe Vocket

Comments