Merancang Percutian Ke Indochina? Jom Ikuti Itinerari Yang Dikongsikan Oleh Gadis Ini Untuk Tempat Menarik Di Sana

853

Siapa yang pernah pergi bercuti ke Indochina? Memandangkan sekarang ni pun sudah hampir menjelang hujung tahun, pasti ramai yang sedang merancang percutian kan? Kali ini kami kongsikan percutian selama 9 hari di Indochina dengan bajet lingkungan RM1000 sahaja.

Untuk pengetahuan anda, Indochina merupakan gabungan enam buah negara iaitu Cambodia, Laos, Vietnam, Malaysia, Thailand dan Myanmar. Untuk perkongsian kali ini dikongsikan oleh pengguna Twitter Hawa Nabilla yang bercuti di Vietnam, Cambodia dan Thailand.

Hari pertama

Sebaik penerbangan tiba di Ho Chi Minh, anda boleh menaiki yellow bus dengan harga 20,000 dong (RM 4) untuk ke HCM city. Penulis menetap di The Color Stay Hotel dengan harga penginapan 298,000 dong (RM 54) untuk empat orang. Untuk seorang bersamaan RM 13.50.

Antara tempat yang boleh dilawati:

  • Ben Than Market
  • Saigon Central Post Office
  • Notre Dam Chatderal
  • Ho Chi Minh City’s Book Street
  • Malaysian Street

bandar ho chi minh
bandar ho chi minh

Hari kedua

Penulis menaiki sleeper bus dari Ho Chi Minh ke Pan Thiet untuk sampai ke destinasi mereka iaitu Muine. Perjalanan mengambil masa selama 5 jam. Pakej tour yang diambil termasuk untuk semua tempat ini:

  • Fairy Stream
  • White Sand Dunes + Lotus lake
  • Red Sand Dunes
  • Fishing Village

white sand dunes
fairy stream

Hari ketiga

Untuk ke Phnom Penh, penulis menaiki bas dari HCM yang mengambil masa enam jam perjalanan. Semasa menaiki bas anda perlu menyerahkan passport untuk diserahkan kepada pihak imigresen sempadan Vietnam-Cambodia.

Anda boleh lawati semua tempat menarik ini tanpa sebarang harga dikenakan:

  • Al Serkal Mosque 
  • Central Market
  • Phnom Penh Night Market
  • Royal Palace

bangunan masjid serkal
royal palace phnom penh
Selain daripada tempat ini, di Phnom Penh anda juga boleh lawati tempat menarik lain seperti Choeng Ek Genocidal Centre, Russian Market, Toul Sleang Genocide Museum dan berjalan-jalan sekitar Sungai Mekong.

russian market di phnom penh
sungai mekong di phnom penh

Hari keempat

Antara tempat yang wajib anda lawati sudah semestinya Angkor Watt. Untuk tour pakej di Angkor Watt pas sehari berharga RM148. Walaupun agak mahal tetapi oleh kerana kawasannya yang besar jadi ianya sangat berbaloi.

angkor watt
angkor watt
angkor watt

Hari kelima dan keenam

Penulis meluangkan masa selama dua hari di Bangkok dengan menaiki bas dari Siem Reap. Harap maklum perjalanan ini agak jauh kerana penulis menaiki bas dari pukul 8 pagi dan tiba dalam jam 6.30 petang.

Antara tempat menarik yang boleh dilawati di sana:

  • Klong Lat Mayom Floating Market
  • Wat Arun (entrance : RM6. 80)
  • Flower Market
  • Asiatique

klong lat mayom floating market
asiatique bangkok

Hari ketujuh 

pesawat lion air
Untuk hari ketujuh penulis menghabiskan masa di lapangan terbang untuk bergerak ke Hatyai dari Bangkok. Tiket penerbangan Thai Lion Air ke Hatyai (RM 65).

Hari kelapan

Untuk peminat makanan dimsum, anda wajib lawati Chabura Dimsum untuk mencuba pelbagai juadah menarik yang dijual di sana. Tengok gambar sahaja dah boleh terliur dibuatnya!

dimsum
dimsum
Bagi penggemar makanan laut, anda boleh mencuba makanan laut di Khlonghae Seafood Buffet dengan harga RM38. Tapi jangan makan banyak sangat sampai allergik pula.

Hari kesembilan

Untuk hari terakhir, penulis menikmati sarapan pagi di Kimyong Market yang jaraknya tidak jauh dari hotel.

makanan di kimyong market
Selepas itu boleh ke Hatyai Train Station untuk bergerak pulang ke Padang Besar. Tiket kereta api dari Hatyai Train Station ke Padang Besar berharga RM6.80 untuk seorang.

Tips:

  1.  Sim card boleh beli di Klook.
    2. Jangan lupa beli travel insurance, beli awal lagi murah
    3. Kalau nak withdraw duit, cari atm bank Malaysia (CIMB, Maybank) kalau tidak charge RM40
    4. Bawa maggi.

Banyak kan tempat menarik yang boleh dilawati? Jadi untuk anda yang masih tak tahu nak bercuti di mana boleh lah ikuti itinerari yang disediakan ini. Untuk kos perbelanjaan dan sebagainya boleh ke laman Twitter ini untuk tahu lebih lanjut.

Selamat bercuti!

Sumber: Twitter

Comments

comments