Merancang Percutian Ke Sabah? Ikuti Tips Menarik Untuk Anda Nikmati Percutian Pulau Di Sabah

2479

Sabah antara lokasi percutian yang sering menjadi pilihan terutamanya untuk mereka yang gemarkan percutian di pulau. Selain daripada pemandangan yang cantik anda juga boleh dapatkan makanan laut dengan harga yang murah.

Pulau-pulau yang ada di Sabah juga bukan main cantik lagi. Macam berada di luar negara! Boleh lah feeling feeling bercuti di Maldives kan.

via GIPHY

Istimewa untuk mereka yang gemarkan percutian di Sabah, kami kongsikan antara tips menarik untuk bercuti di sana. Perkongsian ini telah dikongsi oleh Iskandar Arifin di Twitter dengan jumlah retweet sebanyak 10.6 ribu.

1. Untuk bercuti di Sabah, anda tidak memerlukan passport. Tetapi sekiranya anda (orang Semenanjung) berada di sana lebih 90 hari berkemungkinan anda akan disoal.

2. Jika destinasi anda ialah pulau-pulau di Sabah seperti Pulau Mabul, Pulau Mataking atau lain-lain, lapangan terbang yang anda perlu turun ialah di Tawau.

Kalau turun di lapangan terbang Kota Kinabalu, perjalanan agak jauh kalau nak ke Tawau. Boleh makan masa 11-12 jam melalui kereta.

3. Untuk dapatkan jeti ke Pulau Mabul, anda perlu ke Semporna. Dari lapangan terbang Tawau ke Semporna hanya mengambil masa selama sejam sahaja. Tetapi bergantung kepada pemandu juga ya.

4. Sediakan duit yang mencukupi! Di sana agak susah untuk keluarkan duit sebab mesin ATM yang terhad dan biasanya perlu beratur lama. Jadi untuk mudahkan anda beli makanan laut terutamanya, siapkan duit awal-awal.

5. Di Pulau Mabul, anda boleh dapatkan makanan laut dari Bajau Laut dan upah chalet untuk memasak. Upah untuk memasak biasanya dalam RM10-RM20 sahaja.

6. Sebelum perjalanan ke pulau, simpan barang-barang penting seperti telefon bimbit dan dompet di dalam dry bag. Nanti atas bot, habis basah semuanya.

7. Perjalanan dari jeti Semporna ke Pulau Mabul mengambil masa selama sejam menggunakan speedboat. Walaupun lama, nanti anda akan nikmati pemandangan yang sangat cantik.

8. Kalau singgah di Pulau Maiga, wajib untuk anda cuba air kelapa fresh dari pokok. Harganya hanya RM2 sahaja!

9. Pada waktu malam, anda dapat lihat penyu-penyu dengan secara dekat. Memang banyak penyu yang keluar pada waktu malam tapi ingat, jangan ganggu mereka ya!

Rasa macam dah tak sabar pula nak pergi bercuti di Sabah ni. Kalau anda bercadang untuk jadikan Sabah sebagai tempat percutian anda, rancang percutian anda dengan baik. Selamat bercuti!

Sumber: Twitter 

Comments

comments