“Mereka Hanya Tahu Janjikan Bulan Dan Bintang”, Lelaki Ini Berkongsikan Pengalaman Mengutip Buah Di Australia

2560

Sebelum ini ramai rakyat Malaysia yang berkongsikan pengalaman kesusahan untuk bercuti di Australia berikutan isu rakyat Malaysia yang menyalahgunakan visa. Yang terbaru, kisah yang dikongsikan oleh seorang Rakyat Malaysia Yang Dihalang Memasuki Aussie kerana tidak membawa wang tunai yang mencukupi.

Terlalu ramai rakyat Malaysia yang berhijrah ke sana dan bekerja sebagai pengutip buah dan menyalahgunakan visa hingga menyebabkan rakyat Malaysia yang lain sukar untuk memasuki negara itu. Baru-baru ini seorang pengguna Twitter Zack Zakirin berkongsikan kisahnya yang pernah menjadi pengutip buah di sana untuk dijadikan iktibar kepada semua.

Sekitar tahun 2015 dan 2016, semasa cuti semester selama empat bulan dia membuat keputusan untuk mengikut kawannya yang bekerja di Aussie. Pada waktu itu, dia hanya sekadar ingin mencari pengalaman sambil menghabiskan cuti semester yang ada.

Melalui kawannya, dia mengenali Black (bukan nama sebenar) yang membantu uruskan segala proses untuk dia ke sana bersama dengan bayaran yang perlu dibayar.

So on D-day, aku fly lah ke Melbourne. Aku bawa duit dlm 800 Aud. In case immigration nak tgk duit aku. Documents and jawapan aku dah ready dlm kepala. So bila sampai sana tu, I’m nervous. Sebab aku tak pernah solo travel and niat nak buat illegal job dkt negara org ni.

Lelaki muda menunggu penerbangan di lapangan terbang
Semasa di imigresen, ada beberapa orang yang ditahan dan kebanyakkannya ialah orang Melayu dan Indonesia. Tiba gilirannya, dia ditahan oleh pegawai dan dibawa ke satu tempat khas untuk diperiksa seluruh badan dan beg.

So masa tengah kena check dengan pegawai tu, dia ada tanya a few question. Antaranya, “Ada contact dgn any farmers dkt sini?”, “Ada contact dgn agent dari ladang2 tertentu?”. “Berapa lama stay sini?”. “Tinggal dekat mana?”. “Sekarang tengah kerja or belajar lagi?”.

Namun dia dilepaskan selepas menunjukkan return flight ticket dan mengatakan dia hanya lah pelajar dan ingin melawat rakannya di RMIT University.

So aku pergi lah ke surau. Gelap gila, sekali masuk. Mcm banyak gila bungkusan besar besar. Aku buat bodoh. Rupanya org tidur tutup sekali dgn bag guna blanket. Yg tgh tidur ramai tu org Indonesia. So, jumpa dah geng illegal yg survive dari immigration dkt surau.

Pekerjaan sebagai pengutip buah

Indah khabar dari rupa, begitulah apa yang dapat digambarkan dengan suasana di sana. Setibanya di ladang, dia dibawa ke tempat penginapan iaitu rumah setinggan yang hanya bersimen, bilik berlantaikan kotak dan berdinding playwood. Tempat tinggal yang tidak sempurna itulah yang menjadi tempat penginapan mereka.

Seawal jam 4.30 pagi, mereka perlu bersedia untuk berangkat ke ladang. Untuk mengutip buah, mereka perlu duduk mencangkuk dan berjalan itik sejauh 280m untuk satu barisan. Untuk satu tray yang dipenuhkan dengan buah akan menerima $3.

Yang sadisnya, kerja sekali dgn org Vietnam. Dia org mmg laju gila petik. Rule dekat situ, dia bagi setiap org satu row. Tp kalau row sendiri dah habis petik, kau boleh masuk row org lain utk petik. Jd boleh ckp, row aku selalu kena rembat dgn Vietnam.

Selepas tiga hari di sana, dia mengikut tuan tanah iaitu Ben ke Brisbane untuk bekerja di ladang sana. Oleh kerana ladangnya yang besar, dia tidak perlu bekerja dengan cara yang sama seperti sebelum ini. Kali ini troli disediakan kerana saiz ladang yang agak besar dan dia hanya perlu duduk sahaja.

Pengutip buah di australia
buah strawberi di ladang

Cerita bab makan ni lagi sendu. Nak beli ayam, mahal. Jadi nak jimat punya pasal, HARI HARI AKU MAKAN NASI PUTIH TELUR MATA DAN KICAP. Sampai satu hari tu, aku makan nasi putih, kicap, dengan strawberry atau buah nenas. Kau rasa? HAHAHA…Nak share lauk, segan. Dia org makan mewah.

Selepas beberapa ketika di sana, dia membuat keputusan untuk kembali semula ke tanah air. Tetapi prosesnya tidak semudah mana kerana dia sudah menetap sebulan setengah, agak lama berbanding dari perancangan asal dan tarikh return flight ticket juga sudah lama berlalu.

Why are you staying here for so long? Aku jwb, “Im travel all around aussie. I landed at Melbourne. Went to GOR, National park. Then come to BNE, to visit my GF studied at University of Brisbane”. “What course did she’s study?”. Selamba i jawab, “IT”. “She’s lucky to have a boyfriend that put this much effort.

Menurutnya sebaik tiba di Malayisa, ramai ‘agen’ yang cuba mendapatkan nombor telefon Ben yang kononnya untuk meluaskan network mereka sehingga sanggup membayar RM1500 ke RM2000. Tetapi mereka semua ini adalah scammer yang ingin menggunakan untuk kegunaan sendiri.

Jadi nasihat dkt sini, kalau ada agent yg kononnya boleh offer you kerja dkt aussie. Just ignore them. They are scammers. Merekalah punca utama yg membuatkan org Malaysia susah nak masuk Oz. Dia janji bulan bintang, kononnya pakai working visa. Sekali, tak pun. Tipu.

Setakat ini dia telah menyelamatkan lebih daripada sepuluh orang daripada terjebak dengan aktiviti mengutip buah di sana. Perkongsian ini juga dibuat kerana ingin memberikan kesedaran mengenai kehidupan sebenar pengutip buah di sana.

Diharapkan perkongsian ini dapat membuka mata mereka yang menyimpan hasrat bekerja di sana. Ingatlah, hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri.

Sumber: Twitter

Comments

comments