Mulai 2020, Anda Boleh Dipenjara 2 Tahun Jika Merokok Di Premis Makanan

1328

Kepada anda semua yang merokok, berjaga-jagalah kerana kerajaan telah menguatkuasakan undang-undang terhadap perokok yang ingkar larangan merokok di semua premis makanan.

Sebelum ini, kerajaan telah melaksanakan undang-undang ini pada awal tahun, namun masih ada lagi premis-premis yang tidak mengikuti undang-undang ini.

Baca ini: Perokok juga manusia bukan sampah sarap

Maka mulai 1 Januari 2020, anda akan mula dikenakan denda jika menghisap rokok di semua premis makanan.

Perokok yang ingkar akan larangan ini akan didenda sehingga RM10,000 atau dipenjarakan sehingga dua tahun.

Untuk rekod, Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan notis amaran kepada 31,422 premis makanan daripada 146,607 premis yang telah diperiksa.

Manakala 27,759 buah premis telah diberikan amaran kerana gagal mempamerkan tanda larangan merokok serta 3,889 yang lain diberikan notis kerana ingkar larangan merokok.

Tahukah anda vape berpotensi menghentikan tabiat merokok?

vape potensi rawat perokok tegar

Ini telah didedahkan oleh Pensyarah Jabatan Kesihatan Komuniti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Dr Sharifa Ezat Wan Puteh bahawa vape boleh menghentikan tabiat merokok.

Jumlah perokok semakin berkurang

Dr Sharifa mengatakan keadaan sekarang menunjukkan jumlah perokok di Malaysia semakin berkurangan namun tiada kajian khusus dilakukan mengenal pasti puncanya.

Dr Sharifa
Kredit: Suara Rakyat

“Bagi saya, vape ada potensi untuk hentikan golongan perokok. Namun, perlu ada undang-undang ketat. Benar (Malaysia), ada peraturan tapi tidak ketat.”

Cadang usia 20 tahun ke atas baru boleh beli vape. Ini penting bagi mengelakkan remaja atau pelajar sekolah membeli vape.

Penjualan vape tanpa kawalan ini sememangnya membimbangkan pakar perubatan kerana tanpa kawalan akan menyebabkan bukan perokok terutamanya remaja akan mula merokok.

remaja

Vape jika dijadikan sebagai alat alternatif bagi perokok, saya yakin dan nampak potensinya namun perlukan kawalan.

 

Jumlah perokok menurun di Eropah

Di Eropah, jumlah perokok tegar mula menunjukkan penurunan dengan alternatif pengunaan vape ini. Sebanyak 32 hingga 34 peratus perokok bertukar kepada vape di Eropah.

Pada minggu ini sahaja, kita telah mendengar berita sedih dari pemilik jenama rokok elektronik popular tempatan NCIG (Malaysia) Sdn Bhd yang akan menghentikan operasi di Malaysia.

Ini kerana indutsri e-rokok atau vape tidak diregulasi di negara ini.

Artikel berkaitan: NCIG tutup operasi di Malaysia

Bagi individu yang mahu berhenti merokok, terdapat pelbagai kaedah yang boleh dicuba termasuklah vape. Jadi jangan mengalah! terus berusaha untuk berhenti merokok.

 

Comments

comments