Mesin Penyembur Cecair Pembasmi Kuman Ciptaan Rakyat Malaysia Bantu Pencegahan Awal COVID-19

mesin pembasmi kuman

Negara Malaysia terus dilanda kebimbangan yang berterusan ekoran jumlah kes kematian yang dilaporkan mencecah sehingga 43 kes kematian sehingga semalam. Kes pesakit positif COVID-19 juga meningkat sehingga 2,766 kes di seluruh kawasan. Meskipun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua sedang dijalankan, kerajaan masih bimbang tentang kenaikan angka pesakit yang disahkan positif.

Inisiatif penciptaan murni ZullDesign Autotronic perlu mendapat pujian oleh ramai pihak. Usaha ini juga adalah kolaborasi bersama dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Mesin ciptaan yang dihasilkan ini dijangka mampu mengelak penyebaran awal virus COVID-19 dan sebagai langkah pencegahan awal.

mesin penyembur pembasmi kuman

Mesin yang diberi nama Virus Buster Nano Spray ini berfungsi sebagai mesin penyembur cecair pembasmi kuman. Dengan adanya mesin ini, diharapkan kes baru positif COVID-19 dapat dikurangkan sekaligus dihapuskan.

Spesifikasi penghasilan mesin ini mampu memuatkan seorang dalam satu masa dan semburan automatik cecair pembasmi kuman akan disembur ke seluruh badan. Kelengkapan pelaras masa yang tepat serta binaan yang kukuh, mesin ini boleh bertahan untuk jangka masa yang lama.

mesin penyembur pembasmi kuman

Rekaan mesin yang seperti terowong ini berkapasiti menyimpan cecair pembasmi kuman sebanyak 50 galon dan 14 nozzle yang menyembur cecair serentak dalam satu-satu masa.

Mesin keluaran yang pertama telah ditempatkan di Malakat Mall, Cyberjaya untuk kegunaan orang ramai. Pada masa yang akan datang, mesin seperti ini perlu diletakkan di kawasan tumpuan orang ramai untuk bersama memerangi wabak COVID-19 yang semakin merebak.

Comments

comments