Mesin Untuk Mengumpul Sperma Bagi Penderma Malu

18684


Sebagai lelaki pasti anda malu untuk menderma sperma anda jika diperlukan. Ini kerana anda pasti akan berasa tidak selesa untuk mengeluarkan sperma anda dan ia menjadi satu penghalang buat diri seseorang.

Sebuah syarikat di China memahami situasi lelaki di negara mereka dan telah mencipta mesin untuk mengumpulkan sperma dengan kaedah yang sangat unik. Bagaimana mesin ini berfungsi?

Mesin ini mempunyai sebuah corong untuk kaum Adam mengeluarkan sperma mereka. Ia diibaratkan seperti vagina wanita mesin ini.

Anda juga boleh melaraskan mesin ini mengikut keselesaan anda sebagai penderma sperma dan pergerakan mesin dapat disesuaikan  dengan keinginan para penderma. Ikut anda yang mana selesa untuk anda agar sperma anda boleh keluar banyak dan didermakan.

Bagi penderma yang sukar untuk terangsang, mesin ini menyedikan skrin kecil di bahagian atas untuk merangsang para penderma dengan menonton video porno untuk memudahkan anda mengeluarkan sperma tanpa dipaksa.

Menurut pencipta mesin ini, alat ini direka khas untuk mengatasi masalah lelaki yang tidak mahu mendermakan sperma mereka. Ini kerana ramai dikalangan kaum lelaki di China tidak mahu menjadi penderma kerana kerana tidak selesa apabila berada di hospital semasa proses ini dijalankan.

 

“Di hospital umumnya mereka menggunakan kaedah onani sebagai kaedah pengumpulan sperma tanpa memberikan tempat mahupun peralatan,” kata Din Guijiang kepada Reuters.

Jiangsu Sanwe Medical Science and Tech Centre, adalah syarikat yang telah mengeluarkan mesin ini dan telah menjual sebanyak 10 ribu unit peralatan setiap tahun.

Mesin penderma sperma ini mula dikeluarkan pada tahun 2014 dan telah dipasarkan ke Amerika Syarikat, Jerman, Rusia dan Perancis.

Di China, mereka menghadapi masalah kekurangan penderma sperma. Pada tahun 2015, dua klinik di China menawarkan iPhone 6 kepada penderma yang sanggup menderma spermanya.

Apa pendapat anda semua?

Comments

comments