Mikrofon Imam Tak Bunyi Waktu Solat Tarawih, Mujur Pak Cik ‘Hero’ Datang Betulkan

Menjadi seorang ketua bukanlah suatu hal yang mudah apatah lagi menjadi seorang imam untuk mengetuai ibadah solat berjemaah. Bagi memudahkan para jemaah ketika solat sudah pasti imam memerlukan mikrofon agar suara lebih didengari oleh para jemaah yang berada di belakang.

Pun begitu, ada kalanya detik cemas yang dihadapi oleh seorang imam ketika mikrofon yang digunakan tidak berbunyi. Hal itu boleh menyukarkan jemaah lain untuk mendengar bacaan imam.

Macam yang berlaku kepada seorang pemuda ketika mengimamkan solat tarawih di sebuah masjid, dia menghadapi detik yang mendebarkan apabila mikrofon yang digunakan tidak berbunyi sedangkan dia sudah memulakan solat.

Pemuda yang dikenali sebagai Furqan Fawwaz berkongsi detik-detik itu di laman Instagram dan TikTok miliknya.

Advertisement
@furqanfawwaz

Nasib baik pakcik tu selamatkan keadaan, kalau tak habis jemaah belakang tak dengar suara aku

? bunyi asal – Furqan Fawwaz – Furqan Fawwaz

Walau bagaimanapun, insiden itu disedari oleh seorang pak cik yang berada di belakang pemuda itu. Pada awalnya dia kelihatan bingung dan melihat para jemaah belum bersedia sedangkan imam sudah memulakan solat.

Dengan pantas pak cik itu langsung membetulkan mikrofon yang berada di poket imam dan akhirnya mikrofon sudah berbunyi. Suara imam juga kedengaran jelas di dalam ruangan masjid.

Menjengah ke ruangan komen, para warganet memuji gelagat ‘comel’ lelaki berusia itu dan tindakannya yang pantas ketika insiden itu berlaku.

Syukur Allah gerakkan hati pak cik tu untuk betulkan mikrofon imam.

Sumber

Comments

comments

SOURCETikTok