MILDEF Memperkenal Kenderaan Berperisai Tinggi, 100 Unit Telah Ditempah Dari Luar Negara

MILDEF International Technologies (MILDEF) iaitu syarikat perkhidmatan automotif kegunaan industri pertahanan Malaysia telah memperkenalkan kenderaan berperisai tinggi 4×4 untuk pasaran tempatan dan luar negara.

Syarikat yang berpangkalan di Sepang itu telah mengembangkannya dalam tempoh empat tahun dan kos pembiayaan melibatkan RM 16 juta.

Memetik laporan lowyat.net, 70% daripada model ini menggunakan komponen tempatan seperti casis, badan dan sistem enjin manakala 30% diimport daripada luar seperti gandar, transmisi dan enjin.

Advertisement

Melalui kerjasama daripada Agensi Pertahanan Malaysia (STRIDE) dan Tentera Darat, HMAV MILDEF telah dibina untuk memenuhi tahap perlindungan seperti yang ditetapkan di bawah standard NATO STANAG 4569 Level 2 dan Level 2B.

Dengan mempunyai kuasa enjin diesel turbo 7.2 liter 330hp yang dibekalkann oleh Catepillar, kenderaan berperisai 14 tan ini mempuanyai kelajuan maksimum 110km per jam.

HMAV juga dilengkapi dengan stesen senjata kawalan jauh yang dapat dikendalikan secara langsung daripada bahagian dalam kenderaan.

Setakat ini hanya dua prototaip HMAV yang telah siap, MILDEF mendakwa ia telah menerima lebih 100 tempahan daripada luar negara. Syarikat ini juga merancang untuk memperlihat HMAV kepada Kementerian Pertahanan dan untuk meluaskan pasaran mereka dan akan mempromosikannya ke seluruh Asia Tenggara pada suku tahun pertama 2022.

Sumber 

Comments

comments