Minta Ibu Bapa Hadir Mesyuarat PIBG Berbaju Pink, NUTP Minta Dr. Vida Tak Ganggu Pengajaran Sekolah

71451837325_freesize

Susulan satu surat yang tersebar meminta meminta agar ibu bapa hadir ke mesyuarat PIBG dengan berbaju pink, NUTP menggesa agar Dr. Vida tidak menggangu pengajaran sekolah.
Menurut presiden NUTP, Hashim Adnan, sekolah merupakan tempat untuk pelajar menimba ilmu dan tidak wajar ia digunakan sebagai tempat untuk mempromosi produk kesihatan.

Saya mengharapkan agar guru besar sekolah itu tidak melebihi batas dengan menjalankan promosi barangan sewaktu aktiviti pembelajaran diadakan kerana saya khuatir mengganggu konsentrasi pelajar“, katanya sebagaimana lapor Akhbar Kosmo bertarikh 16 Feb.

Beliau berkata sedemikian ketika diminta mengulas tentang surat terbabit.

Advertisement

Selain dari ajakan ke mesyuarat PIBG, surat terbabit turut meminta ibu bapa untuk mengajak rakan-rakan, jiran dan pasangan untuk memeriahkan promosi produk Qu Puteh keluaran Dr. Vida yang dijual pada harga Istimewa.

FB_IMG_1455540803825

Comments

comments