Misteri Pemilik Proton Perdana Yang Terbiar di UK Kini Terungkai

Sebuah video di laman YouTube telah dimuatnaik oleh Lost Adventure. Dalam video tersebut juga, sebuah kereta buatan Malaysia model Proton Perdana telah ditemukan dalam keadaan yang terbiar. Anda boleh tonton video di bawah.

Menurut video YouTube tersebut, kereta Proton Perdana model terbaru yang berdaftar VK 5231 dipenuhi habuk dan kotoran setelah Bristol Cars, pemilik bangunan tersebut muflis akibat pandemik COVID-19 yang melanda dunia.

Setelah beberapa hari video tersebut tular di laman sosial, rupa-rupanya kereta tersebut milik Tun Dr Mahathir.

Jurucakap Tun Dr Mahathir dalam posting Facebook beliau juga menyatakan bahawa kereta tersebut telah di hantar ke UK untuk tujuan R&D atau kajian dibawah Frazer-Nash Research Ltd, sebuah syarikat yang menghasilkan kenderaan elektrik/hybrid.

Advertisement

Semua ini bermula pada penghujung 2016, apabila Tun ke UK untuk berbincang bersama Kamal Siddiqi untuk menghasilkan kereta hibrid tempatan.

Tun sememangnya ingin memastikan kereta nasional tidak ketinggalan dalam dunia teknologi automotif, dan itu sebabnya kereta Proton Perdana itu dihantar ke Bristol Cars, UK.

Sememangnya, kereta tersebut sepatutnya di hantar pulang ke Malaysia, tetapi kami tidak pasti jika proses R&D telah dilakukan atau tidak.

Sumber : FMT

Comments

comments