MITI Keluar Garis Panduan Kerja Dari Rumah, Cuma 10% Dibenarkan Ke Di Pejabat

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan untuk syarikat awam mahupun swasta di bahagian pengurusan dan pengawasan di Zon Merah tidak perlu ke pejabat dan hanya bekerja dari rumah.

Namun begitu, ia seakan menimbulkan keliruan ramai pihak yang rata-ratanya tidak jelas dengan arahan yang diberikan.

Terbaru, pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) tampil menjelaskan dan bersetuju untuk membenarkan pekerja dibawah pengurusan dan penyeliaan untuk bekerja cuma 3 hari dalam seminggu.

Advertisement

Menurut Dato Seri Mohamed Azmin Ali, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bersetuju untuk melaksanakan dasar Bekerja Dari Rumah  (BDR) atau Work From Home (WFH) bagi kakitangan pengurusan dan penyeliaan.

Selain itu, MITI bersetuju untuk membenarkan maksimum 10 peratus pekerja antaranya tugasan yang melibatkan perakaunan, kewangan, pentadbiran, perundangan, perancangan dan ICT untuk berada di pejabat, namun hanya 4 jam sahaja masa diperuntukan bermula jam 10 pagi sehingga 2 petang untuk 3 hari seminggu.

Malah, syarikat-syarikat juga tidak perlu mengemukakan permohonan bagi tujuan ini. Hal ini demikian kerana, majikan hanya perlu mengeluarkan surat pelepasan perjalanan bagi setiap kakitangan yang dibenarkan bekerja sepanjang tempoh PKPB.

Tidak kurang juga, garis panduan BDR yang bersesuaian mengikut keperluan syarikat masing-masing harus ditetapkan oleh majikan.

Sumber: Twitter Azmin Ali

Comments