MKN Benarkan Rentas Negeri Bertujuan Bawa Ibu Bapa Hadir Temu Janji

suntikan vaksin bagi orang tua

Bagi individu yang perlu pulang ke kampung halaman bertujuan untuk membawa ibu bapa mereka hadir temu janji Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan fasa dua yang akan bermula 19 April akan diberi kebenaran oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin, perkara itu telah diputuskan dalam mesyuarat MKN dan mereka yang terlibat perlu menunjukkan janji temu ibu bapa kepada polis sebagai bukti.

“Waris ataupun ahli keluarga yang ingin balik ke kampung mereka untuk membawa tanggungan mereka, ibu bapa ataupun ahli keluarga yang sakit ataupun datuk nenek ke janji temu vaksin adalah dibenarkan”.

Khairy Jamaluddin

Beliau berkata demikian selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Negeri Sembilan di Dewan Majlis Bandaraya Seremban.

Advertisement

Tambahnya, PPV yang beroperasi bagi memfokuskan penerima vaksin daripada kumpulan berisiko tinggi adalah Hospital Tuanku Ja’afar, Hospital Port Dickson, Hospital Tentera Darat Kem Syed Sirajuddin Gemas dan Hospital Tuanku Ampuan Najihah di Kuala Pilah.

“Kumpulan berisiko tinggi yang dimaksudkan adalah pesakit ada alahan teruk, mempunyai masalah imunisasi badan (immunocompromised) dan mereka yang mengambil ubat kecairan darah. Tiga kumpulan ini akan ke hospital untuk saringan dan suntikan vaksin”.

suntikan vaksin

Dalam masa yang sama, bagi menyelesaikan masalah pendaftaran vaksin Covid-19 melalui MySejahtera di kawasan pedalaman yang melibatkan Orang Asli, kempen pendaftaran bersemuka akan dilakukan iaitu melibatkan semua agensi kerajaan.

SUMBER

 

 

Comments

comments

SOURCEUmno Online