Model Terbaru iPhone Berkemungkinan Dinamakan Sebagai iPhone 11 Pro

4862

Seperti yang diketahui semua, Apple bakal kembali dengan tiga model terbaru iaitu iPhone 11, iPhone 11R dan iPhone 11 Pro. Berbeza dengan model sebelum ini yang menggunakan angka roman contohnya iPhone X. Namun Apple masih belum mengesahkan nama seperti yang diura-urakan ini untuk model yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Penambahan nama ‘Pro’ dijangkakan akan digunakan untuk model terkini Apple yang akan dilancarkan pada bulan hadapan. Sebuah tweet dari akaun Twitter yang pernah berjaya ‘membocorkan’ maklumat mengenai nama model tahun lalu iaitu iPhone XS, XS Max and XR menimbulkan pelbagai reaksi dari netizen.

Model terbaru ini akan menampilkan tiga lensa kamera yang hadir dengan saiz skrin yang sama seperti model yang sebelumnya. Selain itu penyertaan processor Apple A13 yang dikatakan lebih pantas dan berkuasa. Namun tidak banyak maklumat lain didedahkan mengenai teknologi terbaru yang bakal diperkenalkan oleh Apple.

model iphone 11
Kredit: 9TO5MAC

iphone 11
Untuk tahu apakah kejutan yang bakal dilakukan oleh Apple untuk model kali ini, sama-sama kita nantikan pelancarannya pada bulan September nanti.

Sumber: Cnet

Comments

comments