MPH 1 Utama Ditutup, Buku Fizikal Tidak Lagi Mendapat Sambutan?

20

Peminat buku di sekitar Petaling Jaya pasti merasai kehilangan yang besar dengan penutupan kedai buku ikonik, MPH di pusat membeli belah 1 Utama baru-baru ini.

Sumber: Komika

MPH yang telah beroperasi selama 15 tahun di situ terpaksa ditutup dan satu kain rentang di naikkan di hadapan kedai yang tertulis

‘Dengan berat hati MPH 1 Utama ingin mengucapkan selamat Tinggal. Terima kasih atas sokongan yang berterusan dan setia, dan membenarkan kami memberi layanan kepada anda selama 15 tahun. Kami mengharapkan sokongan berterusan dan berharap untuk terus membantu dan memberi layanan untuk anda di laman web terbaru kami’

Sumber: The Vocket

Mengimbau kembali sejarah penubuhan MPH di Malaysia, bermula pada tahun 1963 dengan syarikat yang dulunya dikenali sebagai Malaysian Publishing House kemudian ditukar kepada Malaysia Publishing House. Mula beroperasi sebagai pemborong buku, mereka seterusnya telah membuka kedai buku di Selangor Mansion di Kuala Lumpur, Jalan Pantai di Pulau Pinang dan di Jalan Laksamana di Melaka.

Dipendekkan cerita, pada tahun 2002 MPH telah dibeli oleh satu syarikat Malaysia iaitu Jalinan Inspirasi Sdn. Bhd. Ini adalah sebahagian daripada konglomerat Malaysia yang dimiliki oleh ahli perniagaan Malaysia Tan Sri Syed Mokthar Albukhary.

Dengan industri jualan atas talian yang semakin berkembang, menyebabkan ramai pihak menggunakan platform ini untuk mempromosi dan menjual produk atau servis mereka.

Bagi MPH Bookstore Malaysia, mereka memulakan platform ‘e-commerce’ ini sejak tahun 2000 lagi. Pada penghujung tahun 2006, MPHonline.com telah dijjenamakan semula dan menjadi lebih teratur dan sistematik dengan pelbagai judul untuk memudahkan para pelanggan.

Banyak kedai buku fizikal telah ditutup dan rantaian mereka terpaksa dikurangkan sejak beberapa tahun kebelakang ini. Ada juga kedai buku yang terpaksa menjual barangan lain seperti mainan, aksesori gadget dan lain-lain untuk membantu jualan mereka.

Dipetik daripada kajian oleh Fadhli Abdullah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Hetherington, penurunan yang agak signifikan dalam penjualan buku secara ‘brick andmortar’ daripada munculnya kedai-kedai buku atas talian seperti Amazon dan Barnes and Noble, peningkatan permintaan terhadap format kandungan berbentuk digital sebagai alternatif kepada kandungan yang berbentuk fizikal atau cetakan dalam kuantiti yang sedikit mengikut kehendak pelanggan, telah menjadikan keadaan pasaran buku lebih kompetitif.

Jadi orang ramai lebih memilih untuk membeli buku secara online atau lebih gemar untuk membaca melalui e-book kerana lebih mudah, cepat dan praktikal. Tetapi pasti masih ada yang lebih menggemari buku fizikal kerana sense of belonging terhadap buku dan karya itu lebih kuat.

Pendapat anda pula bagaimana?

Sumber: The Vocket, MPH

Tinggalkan komen anda