Muat Turun TheNoor Di iOS & Android, Aplikasi Gaya Hidup Muslim Dari Neelofa

Neelofa bukan saja merupakan pengacara dan usahawan muda wanita terkenal, tapi Neelofa juga telah buat satu aplikasi yang berkonsepkan gaya hidup Muslim iaitu TheNoor gais.

Apa yang menariknya, ada macam-macam maklumat penting yang korang boleh dapat dalam aplikasi TheNoor ni tau seperti waktu solat, azan, arah kiblat, dan lokasi masjid yang berdekatan dengan korang. Nak pergi mana-mana pun senang, pakai aplikasi ni je kalau nak cari tempat solat.

Bukan tu jer, dalam aplikasi TheNoor ni juga korang boleh mengaji tau sebab dia mengandungi ayat-ayat Al-Quran. Memang mudah sangat lepas ni kalau korang nak baca ayat suci Al-Quran, senang pula tu nak bawa pergi mana-mana. Bukan tu jer, sambil korang baca tu, ada juga paparan terjemahan dalam bahasa melayu, inggeris, cina, tamil dan Indonesia lagi gais.

Advertisement

Korang semua dah boleh muatnaik aplikasi TheNoor ni boleh pada telefon korang, tak kisahlah Android ataupun iOS.

Comments