Mulai Januari 2020, Ibu Bapa Wajib Pasang Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak

5079

Sebagai ibu bapa, anda yang bertanggungjawab melindungi keselamatan anak-anak tidak kira dimana mereka berada. Lagi-lagi di dalam kereta.

Rata-rata ibu bapa di Malaysia masih belum memahami kepentingan pengunaan pemakaiaan kerusi keselamatan kanak-kanak, walaupun jelas mengetahui bahawa banyak kemalangan maut melibatkan bayi dan kanak-kanak.

wajib pakai carseat

Buat semua ibu bapa di luar sana, mulai Januari 2020, kerajaan mewajibkan pengunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) di dalam kenderaan bagi menyelamatkan mereka daripada mengalami kecederaan serius atau kematian sekiranya berlaku kemalangan.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata langkah baharu itu susulan statistik yang membimbangkan apabila sebanyak 1,559 kematian dicatatkan membabitkan kanak-kanak di bawah umur 10 tahun dari tahun 2007 hingga 2017.

Timbalan Perdana Menteri

Kita kehilangan satu nyawa setiap 84 minit akibat nahas jalan raya. Kanak-kanak adalah golongan yang turut sama berada di atas jalan raya dan mereka juga terdedah kepada risiko yang tinggi terhadap kecederaan sekiranya terbabit di dalam nahas jalan raya.

Diharapkan, ibu bapa di luar sana bersiap sedia untuk membeli kerusi keselamatan yang akan digunakan di Malaysia mengikut standard yang ditetapkan oleh United Nation Regulation, iaitu  R44 dan R129.
kerusi bayi

Ini bagi mengurangkan impak pelanggaran kepada penumpang kanak-kanak dan seterusnya mengelakkan kecederaan parah dan kematian.

Sebelum ini seorang ibu pernah berkongsikan kepentingan memakai kerusi bayi dan bagaimana anaknya boleh terselamat dari tercampak keluar ketika mereka berdepan dengan kemalangan kereta yang teruk.

Baca ini: Kereta terbalik teruk, tapi bayi selamat

 

Sumber: Berita Harian

Comments

comments