Mulai 2020, Pulau Sipadan Bakal Ditutup Setiap Disember

1259

Pulau Sipadan terkenal sebagai pilihan bagi aktiviti menyelam skuba dan antara yang terbaik di dunia. Pulau Sipadan merupakan satu-satunya pulau samudera di Malaysia daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari dasar laut.

Kerana itu Pulau Sipadan telah menjadi tumpuan ramai setiap tahun. Pulau Sipadan di Sabah ini bakal ditutup sepanjang Disember setiap tahun bermula 2020 bagi menjaga dan memelihara kehidupan laut dan ekosistem.

Arahan tersebut dikeluarkan oleh Taman Sabah di atas permintaan para pengendali aktiviti selaman.

aktiviti selaman skuba di Pulau Sipadan

Menurut Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pelancongan, Budaya dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Christina Liew, Disember dipilih kerana ia merupakan bulan yang menerima kehadiran penyelam paling rendah.

Jelasnya, penutupan sementara selama sebulan itu membolehkan terumbu karang dan hidupan laut dipulihkan.
Pulau Sipadan ditutup sementara

Aktiviti laut akan dimulakan semula pada 1 Januari 2021 dan difahamkan tempoh pemuliharaan akan dilaksanakan setiap tahun.

Penutupan ini adalah sangat wajar dijalankan agar dapat memelihara dan memulihara semua terumbu karang.

Jika tiada langkah yang diambil dari sekarang, pada masa hadapan semua hidupan laut dan haiwan di dalam laut akan pupus tidak lama lagi.

Sumber: MalaysiaGazette

Comments

comments