Muzik Video BLACKPINK ‘Kill This Love’ Catat Rekod Dunia, Lebih 35 Juta Tontonan Dalam Masa Kurang 24 Jam

122

Seperti yang dinantikan ramai, kumpulan K-pop popular, BLACKPINK telah melancarkan muzik video bagi single terbaru mereka ‘Kill This Love’ awal pagi tadi.

Penangan kumpulan ini memang cukup hebat sekali apabila muzik video tersebut berjaya mencatat rekod dunia dengan lebih 35 juta tontonan hanya dalam masa 15 jam selepas ia secara rasmi ditayangkan di YouTube.

Sebelum ini, BLACKPINK memegang rekod yang sama dengan muzik video mereka untuk single Ddu-du Ddu-du yang mengambil masa kira-kira 23 jam untuk mencapai 30 juta tontonan.

Dikenali dengan kombinasi imej feminin tetapi tetap menunjukkan ‘girls power’, kumpulan ini yang dianggotai Lisa, Jennie, Jisoo, dan Rosé antara yang paling pantas mencetuskan fenomena di dunia selepas kumpulan BTS.

Memang dasyat betul BLACKPINK, pelbagai kejayaan yang sudah mereka capai sehingga berjaya mengatasi artis antarabangsa lain. Bukan kerana usaha keras mereka semata-mata, tapi hasil sokongan peminat yang tidak henti.

Kredit Video : YouTube BLACKPINK

Tinggalkan komen anda