Muzik Video BTS ‘Boy With Luv’ Cetus Fenomena, Paling Banyak Tontonan Dalam Masa 24 Jam

797

Setelah sekian lama menunggu, akhirnya BTS melancarkan muzik video single terbaru mereka ‘Boy With Luv’ kolaborasi bersama penyanyi terkenal, Halsey.

Populariti BTS mencetuskan fenomena dan mereka mencipta sejarah tersendiri apabila muzik video tersebut berjaya meraih 78 juta  tontonan dalam tempoh 24 jam.


Kejayaan itu sekaligus menobatkan ‘Boy With Luv’ menjadi muzik video kumpulan K-pop mencapai rekod tontonan tertinggi yang dicatatkan dalam sejarah YouTube.

Setakat ini, jumlah tontonan muzik video ‘Boy With Luv’ sudah mencecah lebih 125 juta tontonan sejak dimuat naik di YouTube pada 12 April lalu.

Kredit Video : Big Hit

Comments

comments