Muzium London Jadikan Selipar Dan Topeng Muka Sebagai Bahan Pameran

Muzium London

Jika disebut perkataan muzium pasti yang terlintas di fikiran kita adalah tempat pameran artifak dan barang peninggalan sejarah dahulu kala. Tetapi akibat penularan wabak COVID-19 yang masih berada di seluruh dunia, beberapa muzium tampil dengan idea kreatif untuk mengimbas kembali saat penduduk berada di bawah kawalan perintah berkurung.

Bahan pameran dan testimoni mula dikumpul sebelum ruang pameran muzium siap diubah suai. Jurucakap kanan Muzium London menyifatkan pameran ini bakal memberikan pengalaman yang sangat berlainan. Pengunjung akan berasa lebih dekat dengan mesej yang ingin disampaikan oleh pihak muzium.

Pameran yang dibuat ini berikutan daripada perintah berkurung yang dilaksanakan. Pihak muzium mula merancang untuk mengumpul koleksi untuk kegunaan masa hadapan. Muzium London sebelum ini lebih memfokuskan kepada sejarah ibu negara Britain.

tisu tandas
Gambar hiasan

Sejurus itu, pihak muzium melakukan permohonan kepada semua penduduk London untuk turut sama menyertai sumbangan barangan yang menceritakan kehidupan mereka sepanjang dilanda serangan COVID-19.

Advertisement

Barangan tersebut boleh terdiri daripada apa sahaja yang boleh memberi simbolik kepada seseorang. Contohnya, selipar kegemaran yang sering dipakai ketika perintah berkurung.

selipar
Gambar hiasan

Selain itu, barangan yang ingin disumbangkan boleh juga diberikan dalam bentuk peralatan atau kemahiran baharu yang diperolehi dalam tempoh perintah berkurung. Seperti mengait, memasak atau topeng muka buatan sendiri untuk kegunaan petugas perubatan.

Setakat ini, antara bahan yang telah dikumpul adalah bekas jem buatan sendiri dan juga alat muzik mudah alih yang digunakan untuk bertepuk tangan.

jem
Gambar hiasan

Matlamat muzium ini untuk mengadakan pameran ini bukan sekadar untuk menunjukkan barang yang berjaya dikumpulkan tetapi ingin menceritakan kisah menarik disebalik barang tersebut. Sesuatu barang tersebut mungkin membawa erti yang tersendiri kepada individu berkenaan. Oleh itu, pihak muzium ingin erti tersebut diceritakan dan dikongsi bersama orang lain.

Sumber 

Comments

comments