Nak Ayam Tahan Lama? Ini 3 Langkah Mudah ‘Vacuum’ Bahan Mentah Tanpa Mesin!

Vacuum ayam tanpa mesin

Memandangkan PKP ini membataskan banyak pergerakan, pasti ada keluarga yang memilih untuk membeli barangan bulanan kan.

Bila sekali beli tu, penyimpanan pun mestilah betul terutamanya melibatkan bahan mentah.

Seorang lelaki di laman sosial Tiktok ada berkongsi mengenai tips mudah vacuum ayam tanpa menggunakan mesin. Mudah je!

@datomichaellim_oeVacum ayam tanpa machine ?##tiktokmalaysia ##tiktok ##tiktokhot ##tiktokers ##tiktokindonesia ##MCO ##tiktokguru ##studytipsguru? original sound – Dato’ Michael Lim

Secara ringkas, korang cuma perlukan plastik berzip dan air. Masukkan ayam tersebut dalam plastik dan rendamkan sehingga keluar udara.

Tak perlu susah-susah guna mesin lagi, tak sampai beberapa minit dah selesai vacuum.

Advertisement

Untuk pengetahuan korang, bahan mentah yang di vacuum ini boleh menghalang bakteria daripada membiak dalam makanan tau.

Bukan itu je, bahan makanan juga akan tahan lebih lama di dalam penyimpanan sejuk beku.

Walaupun hasilkan tidak sebagus mesin, tetapi cara ini sangatlah praktikal dan boleh digunapakai bila-bila masa je. Betul tak?

SUMBER

Comments