“Nak Letak Apa Agaknya Dalam Beg Ini Ya?”, Beg Bersaiz Mikro Ini Dijual Pada Harga RM984

4846
Beg Jacquemus bersaiz kecil

Sekali pandang macam tak percaya tetapi inilah beg koleksi terbaru Jacquemus’ new Le Petit Chiquito yang bersaiz sekecil duit syiling. Saiz beg ini yang tersangat lah kecil membuatkan ramai tertanya-tanya untuk apa sebenarnya beg ini direka.

Bukan sahaja nak letak duit syiling pun hanya muat-muat sahaja tetapi harganya juga boleh membuatkan anda tak senang duduk dibuatnya.

Jangan pandang rendah pada saiz beg ini kerana ianya dijual  pada harga €215 (RM984)!

Beg Jacquemus bersaiz mikro
Beg Jacquemus bersaiz mini
Oleh kerana saiz nya yang sangat kecil ini, simbol trademark jenama Jacquemus tidak dapat diletakkan dengan penuh dan hanya dapat digantikan dengan huruf ‘J’ sahaja.

Rekaan beg bersaiz mikro ini mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya tidak sangka ianya adalah sekecil itu.

Screenshot komen di Facebook
Rasa-rasanya anda sanggup tak nak beli beg sekecil ni dengan harga RM984? Mungkin boleh hadiahkan pada anak buah anda untuk jadikan beg tangan untuk anak patung mereka.

Comments

comments