Nak Pergi Rumah Kawan, Pelajar Potong Gelang ‘Pink’ Dikompaun RM 5,000

Macam-macam kes yang berlaku berkaitan dengan beberapa individu yang ingkar arahan untuk kuarantin diri. Contohnya baru-baru ini seorang lelaki dikompaun kerana menanggalkan gelang ‘pink’ untuk pergi ke kebun dan seorang lelaki berlegar-legar di kawasan komplek makanan dengan memakai gelang merah jambu menandakan mereka sedang dikuarantin.

Terbaru, seorang pelajar tingkatan empat yang masih berada tempoh kuarantin dikompaun RM 5,000 selepas didapati berada di tempat awam di Jalan Permatang Damar Laut, Bayan Lepas awal pagi tadi.

Sumber Penang Kini

Menerusi laporan Kosmo, remaja yang masih bersekolah itu ditahan dan diperiksa selepas didapati menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan pada jam 2.50 pagi.

Supritendan A.A Anbalagan selaku Ketua Polis Daerah Daya berkata remaja terbabit didapati ingkar arahan Subseksyen 22(b) Akta 343 iaitu individu di bawah pesakit bawah siasatan (PUI) tidak mahu kuarantin.

Advertisement

“Menurut siasatan, remaja itu dikatakan tinggal di rumah kawan serta hendak pergi ke rumah kawan yang lain dan dikompaun RM 5,000 dikenakan terhadapnya”

Sebelum ini tular beberapa keping gambar yang menunjukkan remaja terbabit sedang diperiksa anggota polis dan dimuat naik di laman sosial.

Sumber : Penang Kini

Difahamkan polis menemui gelang merah jambu atau PUI yang telah dipotong di dalam beg silang remaja tersebut.

Sumber

SUMBERKosmo Online

Comments