Nama PewDiePie Terpalit Dalam Serangan Tembakan Di Christchurch

208

Satu dunia digemparkan dengan peristiwa tembakan secara rambang di dua buah masjid sekitar Christchurch, New Zealand sewaktu orang ramai bersiap sedia untuk solat Jumaat hari ini.

Bandar tersebut sedang dalam ‘darurat’. Laparan rasmi melaporkan 49 orang terbunuh dalam insiden tersebut. Pengganas berkenaan merakan secara ‘live’ perbuatannya dan klip berkenaan sudah tersebar di laman sosial.

Kita semua tahu, channel PewDiePie sangat popular dengan video dan menjadi channel dengan subscribers paling ramai. Tetapi harini, jika anda perasaan di laman ‘trend’ twitter anda, tweet PewDiePie lagi tinggi berbanding kejadian insiden tersebut.

Namun, dalam video live pengganas berkenaan, dia memetik nama PewDiePie dalam videonya dengan menyebut “subscribe to PewDiePie” dalam videonya.

Menerusi akaun twitter rasmi PewDiePie, ia satu kekecewaan nama channel ini disebut oleh pengganas tersebut. Sudah pasti channel ini tidak langsung menyokong apa yang dilakukan oleh pengganas berkenaan.

 

Ianya satu insiden yang buruk setakat ini. Media luar negara tidak melabelkan pengganas tersebut sebagai pengganas tetapi merujuk kepada mad gunman atau lebih dikenali sebagai penembak gila. Marilah kita sama-sama mendoakan keselematan mereka di sana.

 

Sumber: PewDiePie Twitter, pastemagazine

Comments

comments