Nasi Goreng Strawberi Ahmad Maslan Dapat Perhatian Netizen

98

Datuk Seri Ahmad Maslan, bekas Timbalan Menteri Kewangan Malaysia diketahui gemar memuat naik gambar masakan yang dimasaknya ke laman Twitter.

 

Baru-baru ini, dia memuat naik gambar Nasi Goreng Strawberi dan mendapat perhatian ramai Netizen, antaranya Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq, dan  bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Bagaimanapun, komen Khairy disangkal sesetengah Netizen.

“Lebih kurang macam nasi goreng nenas.”

Ahmad Maslan bagaimanapun selepas itu memberitahu dia bukan orang pertama memasak nasi goreng strawberi. Orang lain juga pernah membuatnya sebelum ini, dan tidak ada apa yang gross atau perlu dihairankan.

“Orang lain dah buat pun. Apa nak dihairankan.”

Malah nasi lemak strawberi juga ada dijual dan dihidangkan di Cameron Highlands.

Bagaimanapun, penulis yakin Syed Saddiq dan Khairy hanya berseloroh. Mungkin mereka yang tidak tahu patut mencubanya terlebih dahulu. Tambahan pula ada antara strawberi Cameron yang tidak manis. – amazingnara.com

Comments

comments