Nasi Lemak Tersenarai Dalam 100 Makanan Tradisional Terbaik Di Dunia

91

Hidangan Nasi Lemak yang menjadi kegemaran dan kebangaan rakyat Malaysia bukan sahaja diiktiraf sebagai hidangan sihat dan seimbang, malah kini ia antara 100 hidangan tradisional terbaik di dunia.

Menerusi laman Taste Atlas, Nasi Lemak tersenarai dalam makanan dengan rating 4 bintang. Mereka juga mengatakan  bahawa “No other dish in Malaysia is as famous as nasi lemak”.  

Untuk makluman anda, Taste Atlas laman yang menyenaraikan semua jenis makanan dan minuman di seluruh dunia yang menarik beserta gambar dan destinasi untuk orang ramai mencuba setiap jenis makanan yang popular.

Fuh! Memang terbaik apabila makanan tradisi Malaysia mendapat pengiktirafan antarabangsa. Rasa bangga betul. Setuju tak?

Sumber Berita : Taste Atlas

Comments

comments