Nasihat Penting Untuk Kaki Travel Ketika Di Lapangan Terbang

26

Melancong atau mengembara menaiki kapal terbang sememangnya sesuatu yang mudah dan menjimatkan masa perjalan. Tetapi ramai tidak tahu sebenarnya kita boleh tertedah dengan pelbagai risiko dan bahaya ketika berada di lapangan terbang. Terutamanya jika luar negara.

Seorang pengguna facebook yang juga seorang backpaker, Mazlan Zonan berkongsi beberapa nasihat terutamanya kepada rakyat Malaysia yang selalu bercuti dan berada di lapangan terbang.

Ada beberapa isu yang pernah berlaku di lapangan terbang untuk dijadikan pengajaran buat pengembara.

Mungkin sesetengah perkara nampak kecil dan remeh tetapi jika diambil mudah, perkara tersebut mungkin membawa anda ke tali gantung. Nampak bahaya kan? Jangan risau ini nasihat dan tips yang boleh anda ambil sebagai langkah berjaga-jaga.

Jangan terima kiriman dari orang yang tak dikenali

Jangan terima kiriman dari orang lain yang tak pasti hujung pangkalnya, apa lagi yang dah siap dibungkus. Kalau barang-barag yang baru dibeli, sebaiknya anda membungkusnya sendiri supaya tiada benda-benda terlarang dibawa masuk bersama melintasi border control.

Check-in beg sendiri

Sumber: Future travel experience

Jangan combine beg dengan travel buddies yang baru kenal daripada mana-mana group travel. Biarlah check-in asing-asing dan bayar lebih. Kita tak tahu apa yang ada dalam beg kawan tu.

Balut bagpack

Sumber: MEC

Jangan pernah biarkan bagpack anda tidak berbalut atau tanpa raincover, ini boleh membuat anda kehilangan nyawa. Kerana ada sindiket yang menyelitkan barang-barang terlarang di beg anda. Kalau anda terlepas, beg anda akan dicuri, tapi kalau tak lepas, anda mungkin tertangkap dan jadi banduan akhir.

Jangan baik hati sangat

Jangan berbaik hati offer space luggage anda untuk orang-orang yang overweight luggage yang berada berdekatan anda. Kalau nak tolong, bagi duit lebih baik dari bagi space luggage, ini untuk keselamatan. Walaupun terlebih, 1 atau 2 kilo, jangan lah bagi mereka check-in atas nama anda, kalau yang terlebih tu semua ganja, tak pasal-pasal bawah akta 39B.

Jangan pengang barang orang lain

Jangan pernah pegang barang orang lain semasa di lapangan terbang. Kalau ada orang minta tolong suruh je dia letak di pondok polis, kaunter informasi atau mana-mana tempat yang selamat untuk beg dia yang penting bukan di tangan anda. Walau yang minta tolong tu Maria Ozawa sekali pon, jangan pegangkan.

Jangan pakai kasut yang ditinggalkan di surau

Kalau kasut anda hilang semasa berada di surau, jangan sesekali pakai kasut yang ditinggalkan di surau tersebut. Mungkin kasut itu dah diselitkan dadah dan cuba menjadikan anda keldai untuk melepasi border control. Kalau anda terlepas, akan ada orang yang memulangkan kasut anda dengan aasan tertukar semasa di surau tadi.

Jaga beg anda

Jangan pernah tinggalkan beg anda tanpa pengawasan. Bawa ke mana-mana sahaja anda pergi walau ke tandas sekali pon. Takut dimasukkan benda-benda terlarang oleh sindiket tertentu.

Apa-apa pon berhati-hati semasa bercuti, jangan baik sangat ya, perlu ada selfish bertempat ni.

Tinggalkan komen anda