National Task Force Bersedia Usir Pelarian Rohingya Lari Dari Aceh

National Task Force

Pasukan National Task Force (NTF) bersiap sedia di perairan Selat Melaka, bagi menghalau lebih 200 pelarian Rohingya yang dilaporkan hilang daripada kem pelarian di Lhokseumawe, Aceh di Indonesia.

Berdasarkan maklumat yang diperoleh dari pihak berkuasa Indonesia, ratusan pelarian Rohingya dipercayai ingin melarikan diri ke negara ini.

Laksamana Madya, Datuk Aris Adi Tan Abdullah selaku Komander National Task Force berkata, pihaknya sudah sedia maklum akan situasi yang berlaku di Lhokseumawe, Aceh dan NTF kini sudah bersiap sedia mempertingkatkan kawalan di perairan negara bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

perairan

Advertisement

Beliau juga tidak menolak sebarang kemungkinan pelarian Rohingya tersebut masih berada di kawasan perairan antarabangsa dan menunggu masa dan waktu yang sesuai sebelum cuba memasuki ke dalam negara ini.

“Faktor ada kenalan, ahli keluarga warga Rohingya yang sudah bertapak di Malaysia mungkin menjadi sebab mereka menghilangkan diri dari Aceh dan benar-benar ingin menuju ke Malaysia”. 

Walau bagaimanapun, Pihak berkuasa Indonesia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tidak dapat mengesahkan kedudukan pelarian minoriti Islam dari Myanmar itu.

Kumpulan hak asasi menyalahkan kerajaan Indonesia yang tidak memperketatkan kawalan keselamatan di kem pelarian apabila etnik Rohingya diletakkan di bawah pemantauan UNHCR bulan lalu.

sumber 

SUMBERBerita Harian

Comments