Neelofa & Pu Riz Ke Langkawi Bagi Pembukaan Cawangan Baru Chatime

Ramai yang mempersoalkan, bagaimana selebriti popular, Neelofa dan suaminya, PU Riz boleh merentas negeri pergi ke Langkawi, betul tak? Kalau korang nak tahu, mereka ke sana bagi pembukaan cawangan baru di tiga lokasi di utara.

Menurut laporan Harian Metro, mengukuhkan lagi kenyataan urusan kerja mereka, Pengarah Urusan Kumpulan Chatime Malaysia, Aliza Ali mengatakan sendiri bahawa pasangan itu ada melakukan lawatan kerja di Sungai Petani, Kangar dan Langkawi.

Menerusi akaun Instagram rasmi Chatime Malaysia, mereka juga mengeluarkan kenyataan tentang perkara ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Chatime Malaysia (@chatime.malaysia)

Advertisement

Lawatan ini membabitkan beberapa kakitangan dari bahagian operasi dan pengurusan Chatime Malaysia.

Kebenaran merentas negeri ke Langkawi diperoleh dari balai polis berdekatan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Basri Sagoni sebelum ini, wakil bagi syarikat produk minuman tersebut membuat permohonan rentas negeri di Balai Polis dan mengemukakan surat tertera nama Neelofa dan tiga yang lain untuk melawat lokasi yang akan dibuka di sana.

Sumber

Comments

comments