Negara Berdepan Serangan Siber Daripada Kerajaan Israel, Malaysia Termasuk Dalam Senarai

Berikutan dunia digemparkan dengan isu keganasan zionis yang menyerang Semenanjung Gaza di Palestin, ratusan rakyat telah cedera sekaligus ada yang terkorban akibat serangan daripada rejim Zionis.

Menerusi laporan Berita Harian, Briged Al-Qassam memaklumkan yang pihaknya telah berjaya melancarkan 130 serangan roket sebagai serangan balas di Askalan, Ntivot dan Sderot di Israel juga turut memaksa semua penerbangan ke lapangan terbang Tel Aviv dilencongkan.

Sumber : Berita Harian

Serangan yang dilancarkan itu merupakan serangan balas atas kemusnahan bangunan kediaman 12 tingkat penduduk Palestin dan kematian komander kanan Hamas. Berikutan serangan balas yang dituju kepada rejim Zionis telah membuktikan kekuatan aset pertahanan pejuang Palestin apabila lima penduduk Israel maut.

Serangan udara israel ke atas Gaza

Serangan demi serangan dilakukan antara kedua pihak sehingga mengakibatkan ramai nyawa terkorban. Isu ini turut menjadi perhatian warganet di alam maya kerana kekejaman rejim zionis yang terus melakukan serangan melibatkan orang awam di bumi Palestin.

Advertisement
Sumber : Kosmo Online
Sumber : mStar Online

Warganet juga tidak ketinggalan turut ‘menyerang’ kumpulan-kumpulan yang menyokong rejim zionis di laman sosial dengan pelaksanaan hashtag #GazaUnderAttack, #SavePalestine, #IsraelKoyak, #ShameOnIsrael sebagai tanda rakyat Malaysia menolak sekeras-kerasnya tindakan rejim zionis terhadap rakyat Palestin.

Sumber : Twitter
Sumber : Twitter

Serangan siber secara habis-habisan daripada warganet terhadap akaun Facebook dan Twitter milik rejim Zionis telah menyebabkan mereka juga akan bertindak dengan serangan balas melalui laman sosial.

Hal ini juga dilaporkan menerusi Berita Harian, terdapat lebih 120 laman Israel telah digodam oleh sekumpulan penggodam atau hacker daripada Malaysia dan Indonesia. Tindakan menggodam menerusi #OpsBedil ke atas pangkalan data dan akaun media sosial milik Israel merupakan sebagai tanda tindak balas terhadap tindakan tentera Zionis menyerang rakyat Palestin di Gaza. Hal itu sekaligus menuntut pihak tentera zionis untuk menghentikan tindakan mereka yang tidak berperikemanusiaan ke atas rakyat Gaza.

Kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Dragon Force Malaysia dan Anon Ghost telah mendakwa mereka sudah menggodam lebih 120 laman dan pangkalan data Israel. Namun, beberapa hantaran yang dimuat naik di akaun Facebook dan Twitter oleh penggodam sudah dipadam oleh admin laman sosial berkenaan.

Sumber : Facebook
Sumber : Facebook

“Hello dunia, hello Kerajaan Israel. Kami mewakili semua rakyat Indonesia mengingatkan kamu, tindakan kamu terhadap saudara kami di Palestin amatlah keterlaluan”

“Di mana perikemanusiaan kamu? Kami mahu kamu menamatkan serangan dan pembunuhan besar-besaran di Palestin. Jika tidak, kami akan meneruskan langkah menggodam laman web negara kamu secara besar-besaran”

Itu merupakan beberapa amaran yang dikeluarkan oleh penggodam Indonesia di salah satu laman web Israel yang berjaya digodam.

Terbaharu menerusi laporan Airtimes, Pusat Operasi Pertahanan Siber (CDOC) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengeluarkan amaran serangan siber dari Israel. Hal ini demikian kerana infrastruktur siber ATM telah menjadi sasaran negara tersebut sebagai tanda serangan balas oleh beberapa kumpulan penggodam dari Malaysia.

“Kempen yang dilaksanakan menerusi #OpsBedil dan #OpsIsrael dikhuatiri menyebabkan tindak balas agresif daripada penyokong Israel”

Menerusi laporan Kosmo juga, kepimpinan dari Israel mengarahkan agensi perisikannya termasuk Shin Bet dan Mossad untuk membunuh pemimpin Hamas di dalam Gaza dan luar wilayah Palestin. Hal ini juga berhubung dengan satu hantaran melalui akaun Twitter penganalisis keganasan di Amerika Syarikat bahawa dia memaklumkan media Israel melaporkan Israel Defense Force (IDF) telah memberi ‘lampu hijau’ untuk menyerang semua operasi Hamas di dalam mahupun luar Gaza seperti Iran, Turkey, Qatar, Malaysia dan lain-lain.

Walau bagaimanapun, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa memantau keselamatan dan pertahanan siber pada setiap masa bagi memastikan segala ancaman dan serangan yang mengganggu komunikasi pertahanan dapat ditangani dengan sebaiknya.

Sumber : Utusan Malaysia

“ATM sentiasa memantau dan mempertingkat aspek keselamatan siber melalu peranan daripada Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan (BSEP) serta Pusat Operasi Pertahanan Siber (CDOC) ATM yang memperkukuh petahanan komunikasi ATM”

Menerusi laporan Berita Harian, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata kawalan keselamatan ini dilakukan bagi memelihara ketenteraman awam dan keselamatan rakyat Malaysia termasuklah warga Palestin yang berada di dalam negara ini.

“Saya menyeru orang ramai untuk tetap bertenang kerana keselamatan dalam negara masih terkawal dan kekal berada di tahap yang baik”

“Kerajaan Malaysia sekali lagi menegaskan pendirian untuk terus menyokong aspirasi dan perjuangan rakyat Palestin” – Datuk Seri Hamzah Zainudin

Sehingga kini, hampir 200 rakyat Palestin dilaporkan maut dalam serangan rejim zionis di Semenanjung Gaza. Angka kematian lebih daripada 40 orang sehari merupakan antara angka tertinggi sejak Zionis melancarkan serangan sejak minggu lepas. Sekurang-kurangnya 197 rakyat Palestin maut dan 58 antaranya merupakan kanak-kanak manakala seribu lagi cedera, lapor berita rtm.

Sumber : Berita Harian, Kosmo Online, Airtime, Twitter, Berita Rtm

Comments