Nenek Berumur 90 Tahun Ini Diiktiraf Sebagai Gamer Tertua Di Dunia

Gambar hiasan

‘Sudah terang lagi bersuluh’ permainan video ketika ini telah diminati oleh ramai anak muda di serata dunia. Bukan itu sahaja malah, negara juga telah mula mengiktiraf permainan video ini sebagai sebuah sukan elektronik (e-Sukan).

Namun, siapa sangka seorang nenek berusia 90 tahun dari Jepun ini adalah salah seorang daripadanya.

Mori Hamako atau lebih dikenali sebagai Gamer Grandma, dikatakan telah aktif dalam permainan video dan komputer selama hampir 40 tahun dan kini beliau cukup pakar dalam permainan aksi seperti Call of Duty (COD), Grand Theft Auto (GTA), dan Skyrim.

Difahamkan, Hamako Mori juga sering berkongsikan cara permainan video menerusi laman Youtube miliknya yang dicipta sejak tahun 2015. Beliau juga telah memuatnaik sehingga empat buah video sebulan sehingga berjaya meraih sebanyak 250,000 pengikut.

“Permainan video merupakan pilihan yang tepat dalam hidup saya. Saya betul-betul menikmatinya.”

Gambar hiasan

Oleh kerana, memiliki kemahiran yang mengkagumkan dalam permainan sukan elektronik itu, beliau yang sebelum ini hanya melihat anaknya bermain permainan tersebut, kini menjadi idola kepada pemain lain.

“Ia kelihatan sangat menyeronokkan dan saya fikir tidak adil jika hanya kanak-kanak yang bermain permainan tersebut.”

Menariknya Hamako Mori kini telah dinobatkan sebagai pemain permainan video tertua oleh Guiness World Records.

Hamako Mori

Hamako Mori juga telah mengumpulkan pelbagai koleksi peralatan permainan video selama beberapa dekad antaranya ialah Cassette Vision yang dilancarkan di Jepun pada 30 Julai 1981.

Jom like Facebook & follow Twitter Amazing Nara bagi mendapatkan berita dan cerita terkini lagi sensasi di seluruh dunia.

Sumber

Comments

comments