Nenek Tua Niaga Sayur Untuk Beli Beras, Alas Perut Dengan Biskut Kering

Meraih lebih 4juta tontonan di TikTok, seorang individu mengundang rasa sedih orang ramai apabila memaparkan kisah berkenaan nenek tua berusia 87 tahun yang tiada duit untuk membeli beras. Nenek tua tersebut terpaksa meniaga sayur sayuran di kaki lima Pasar Siti Khadijah.

Menerusi video tersebut, Hanif Asyraf bertanya lanjut mengenai tempat tinggal nenek itu yang dipanggilnya sebagai ‘Mek’. Menurut Mek dia hanya tinggal seorang diri di Selising, Pasir Puteh, Kelantan. Mek berkata dia sudah beberapa hari tidak makan dan terpaksa berniaga untuk membeli sekampit beras.

@hanifasyraf1Jauh2 mek ni datang demi mencari sesuap nasi ? Allahuakbar , Kau berikanlah kesihatan yg sempurna untk mek ni ##sedekah? bunyi asal – Hanif Asyraf

Jelas Mek, jika dia tidak berniaga, dia tiada duit untuk membeli makanan. Untuk mengalas perut, Mek hanya makan beberapa keping biskut kering.

Advertisement
@hanifasyraf1Ok part 2 ? nnti saya cari balik makcik ni ##sedekah ##indonesia ##thailand? bunyi asal – Hanif Asyraf


Pemuda ini kemudiannya membeli sekampit beras dan kuih muih untuk santapan Mek. Mek dengan baik hati memberi sedekah sepaket asam keping. Sebak!

SUMBERHanif Asyraf

Comments