Netflix Tidak Lagi Membenarkan Anda Berkongsi Akaun Pada Masa Hadapan

2106

Platform streaming terbesar dunia iaitu Netflix mungkin akan mengambil langkah tegas dalam isu perkongsian akaun selepas ini. Netflix kini sedang berbincang untuk bersikap lebih tegas dalam menangani masalah beberapa pengguna yang berkongsi satu akaun.

Tetapi ianya masih lagi  tidak dimaklumkan secara terperinci bagaimana Netflix akan menyelesaikan isu ‘password sharing’ dalam kalangan pengguna. Berkemungkinan syarikat itu akan menghadkan jumlah peranti untuk satu akaun atau melihat pada IP Addresses.

netflix
Sekarang ini, Netflix menghadkan jumlah peranti berdasarkan pakej langganan yang diambil. Matlamatnya buat masa ini adalah untuk meletakkan had untuk perkongsian akaun yang sama bagi mereka yang tinggal di rumah yang sama.

Pada masa hadapan, polisi yang lebih ketat akan dilaksanakan dimana akaun yang dikongsi bersama rakan-rakan akan ditamatkan. Menurut salah seorang eksekutifnya iaitu Greg Peters, tidak lama lagi Netflix akan mengubah terma penggunaan dalam masa yang sama turut mengkaji situasinya kini.

Sumber: Hypebeast

Artikel berkaitan: Netflix Mungkin Akan Kehilangan Rancangan Terbaik Mereka Hujung Tahun Ini

Comments

comments