Netizen Berang Pekerja Kurier Campak Parcel Customer

Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan, ramai individu yang membuat perniagaan online untuk mendapatkan sumber pendapatan. Oleh itu, sudah pasti pihak yang sibuk dalam urusan penghantaran  barang semestinya syarikat kurier.

Viral video di laman Twitter menerusi akaun @imannazri_ yang memaparkan pekerja-pekerja syarikat kurier membaling dan mencampak barang-barang customer sewaktu bekerja. Katanya, situasi tersebut merupakan rasa tidak puas hati pekerja-pekerja berkenaan berhubung dengan komisyen mereka yang dikurangkan.

Semenjak PKP dilaksanakan, banyak barang-barang yang syarikat kurier perlu membuat penghantaran kepada customer yang mungkin menyebabkan pekerja-pekerja syarikat kurier berkenaan terpaksa bertindak sedemikian seperti di dalam video

Advertisement

Rata-rata warganet tidak berpuas hati berkenaan dengan video yang tular di Twitter itu dan ada juga mereka yang cukup kecewa terhadap tindakan pekerja kurier berkenaan yang sewenang-wenangnya mencampak barang-barang tersebut.

Sehingga ke hari ini, masih belum ada penjelasan dan kenyataan rasmi daripada syarikat kurier berkenaan berhubung dengan video yang tular  di laman sosial itu.

Sumber

Comments

comments

SOURCETwitter