Netizen Bidas Pemilik Rumah Anak Yatim, Didakwa Guna Kanak-kanak Kutip Derma Untuk Kepentingan Peribadi

172

Video seorang lelaki yang didakwa pemilik sebuah rumah anak yatim menangis menceritakan dalam video bahawa rumah anak yatim yang diasaskannya sudah ditutup oleh pihak berkuasa kini telah menjadi tular di media sosial.

Lelaki itu mendakwa sebelum ini diarahkan untuk membina rumah itu di Sungai Petani, Kedah dengan kos RM 2 juta jika ingin mendaftarkan sekolah. Namun dia kecewa apabila setelah siap, rumah itu diarahkan tutup.

 

Bagaimanapun beberapa orang netizen telah tampil mendakwa lelaki itu menipu dan rumah anak yatim yang dibukanya sudah sekian lama menggunakan kanak-kanak untuk mengutip derma dan hasil kutipan derma kanak-kanak diambil dan dibelanjakan olehnya untuk kepentingan peribadi.

“Elok kau melingkup.”

“Satu Malaysia dia letak budak-budak untuk kutip derma.”

“Dah pernah buat laporan tetapi tiada tindakan.”

“Pemilik ada banglo bernilai RM 1 juta lebih.”

“Semoga cepat mati.”

Malah sesetengah Netizen menyifatkan video itu satu lakonan yang teruk.

“Depa penat mengemis, duit hang rembat.”

“Manipulasi kanak-kanak dengan meluas.”


Beberapa orang Netizen mendakwa lelaki itu juga sebelum ini pernah menerbitkan video muzik menunjukkan kekayaannya. Dia juga dikatakan bekas anggota Al-Arqam dan badan-badan dan syarikat yang pernah diasaskannya juga pernah dikatakan menyeleweng dari ajaran Islam. – amazingnara.com

Comments

comments