Netizen Bingung Lihat Ada Penjual Online Sanggup Jual Air Wuduk Di Shopee

air wuduk

Mungkin atas desakan mahu meneruskan hidup, seorang peniaga mendapat idea untuk menjadikan air wuduk sebagai salah satu bahan niaganya secara atas talian. Penangan pandemik COVID-19 pastinya membuatkan ramai yang menceburkan diri dalam bidang perniagaan untuk menampung kehidupan.

Media Indonesia sebelum ini melaporkan ada penjual yang bertindak menjual air wuduk dengan harga sekitar Rp13,250 (RM4) secara atas talian. Perkara itu didedahkan seorang pengguna media sosial selepas melihat paparan iklan air wuduk di platform e-dagang negara berkenaan.

air wuduk

shopee

Advertisement

Di dalam paparan iklan air wuduk berharga RM4 itu, turut dimaklumkan manfaat dan kebaikan ‘produk’ antaranya dapat mencerahkan kulit, menyegarkan wajah, melambatkan penuaan dan juga mencegah rasa mengantuk. Malah, penjual turut memberitahu produk tersebut adalah asli dan bukan palsu.

Tidak pasti sama ada paparan iklan ini hanya lah ‘troll’ atau gurauan semata-mata namun rata-rata netizen bingung melihat iklan ini. Ada juga netizen yang mengecam penjualan ‘tidak masuk akal’ itu dan ada antaranya juga teringin membelinya.

Tetapi yang pastinya, air wuduk sepatutnya bukanlah barangan yang seharusnya dijual beli lagi-lagi kerana ia mudah didapati di rumah masing-masing.

Sumber

Comments

comments