Netizen Bongkarkan Taktik Promosi Gadis Buat Cerita Diugut Bunuh, Hanya Promosi IG

90

Seorang pengguna Twitter mendakwa, gara-gara menawarkan hadiah, diskaun dan pelbagai tawaran menarik di Instagram menjual telefon bimbit, dia telah diugut bunuh.

Gadis itu mendakwa sudah beberapa hari merasakan dirinya diekori seseorang yang tidak dikenali dan kemudian menerima mesej terus di Instagram mengugut untuk membunuhnya kerana membuat pelbagai promosi di Instagram.



Dia kemudiannya menerangkan perniagaan yang dibuatnya serta tawaran-tawaran yang dibuat kepada sesiapa yang membeli telefon darinya.

Dia menulis panjang mendakwa menerima ugutan bunuh di mesej terus Instagram, dan telah membuat laporan polis.

Dia juga mendakwa pengugut tersebut mengekori dan mengambil gambarnya di pejabat secara sembunyi, kemudian gambar itu dihantar kepadanya.


Bagaimanapun, ramai ragu-ragu dengan ceritanya, kerana ayat-ayatnya seolah-olah mempromosikan perniagaannya.


Apabila diminta, dia juga gagal menunjukkan salinan laporan polis diugut bunuh.

Malah, ramai perasan gaya menaip pengguna Twitter itu sama saja dengan gaya taipan di mesej terus yang didakwa ugutan bunuh tersebut.


Disebabkan itu, gadis tersebut menerima pelbagai kecaman dari Netizen.


Malah,gadis itu mendakwa tidak mungkin dia mereka cerita mengenai sesuatu yang membahayakan nyawanya:

Tweet itu dibalas seorang pengguna Twitter lain mendakwa adiknya pernah membeli telefon dari gadis itu, namun perkhidmatan yang ditawarkan teruk.


Dan mungkin kerana tidak mampu menjawab pelbagai soalan dan asakan Netizen, dia kemudiannya mengunci akaun Twitter tanpa memberikan penjelasan yang konkrit terhadap dakwaannya.

Apa yang boleh dikatakan, Netizen kini semakin bijak menilai dan tidak begitu cepat mempercayai sebarang dakwaan apatah lagi apabila melibatkan perlakuan jenayah yang gagal dibuktikan.

Diharap gadis tersebut dapat belajar dari kesilapan dan berniaga dengan beretika selepas ini. – amazingnara.com

Sumber: InjangNation

Comments

comments