Netizen Korea Dan Jepun Marah Selepas Rakyat Mereka Didedahkan Langgar PKP Di Malaysia

warga asing joging di mont kiara

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sudah sampai ke hari yang ke-13 ini, pelbagai karenah rakyat yang dapat kita lihat. Walaupun ada segelintir yang patuh tetapi ada juga sesetengah rakyat yang masih berdegil dan mengingkari arahan tersebut walhal ia adalah untuk kebaikan sejagat.

Seperti yang diketahui, perintah ini diumumkan oleh kerajaan sebagai antara langkah yang paling efektif untuk membendung wabak COVID-19 yang kian menular di serata Malaysia. Namun, ramai lagi yang masih bersesak di pasar pagi dan meneruskan aktiviti harian mereka seperti biasa.

Bukan sahaja berlaku di kawasan pinggir bandar malahan situasi ini juga berlaku di kawasan elit apabila ramai penduduk perumahan di sekitar Mont Kiara yang berterusan melakukan senaman di sekitar kawasan perumahan tersebut. Beberapa hari lepas, 11 lelaki termasuklah 9 warga asing telah ditangkap berjoging meskipun masih dalam tempoh PKP.

joging di mont kiara

Daripada yang ditangkap, 2 adalah warganegara Malaysia, seorang daripada Amerika Syarikat, seorang warganegara British, 4 orang Jepun dan 2 daripada Korea Selatan. Mereka yang mengingkari arahan PKP ini telah ditahan pada 27 Mac tetapi dilepaskan atas jaminan pihak polis.

Berita ini bukan sahaja tular di dalam tanah air bahkan ianya turut sampai ke telinga penduduk negara di mana rakyatnya terlibat dengan insiden ini. Mendengarkan kisah tersebut, ramai antara mereka terutamanya warga Korea dan Jepun yang meluahkan rasa marah dengan pesalah tersebut. Rata-rata menyelar mereka kerana tidak menjaga nama baik negara sendiri ketika berada di tempat orang lain.

“Memalukan negara” – Netizen Korea

Lari sahajalah atas mesin lari.

Awak hanya akan sedar bila dah masuk dalam penjara Malaysia ke? Dah beri arahan pun, mesti ada yang ingkar. Jangan berkelakuan seperti ini buat masa ini.

Kami tak kenal orang seperti itu. Hukum mereka mengikut undang-undang Malaysia!

Perkara sebegini menampakkan mereka seperti memandang rendah kepada Malaysia. Beri hukuman yang setimpal supaya ia dapat menjadi pengajaran kepada negara lain.

Mati ke kalau tak joging?

joging di mont kiara

“Ikut arahan negara tersebut!” – Netizen Jepun

‘Apabila di Rom, lakukan seperti yang dilakukan oleh orang Rom’! Ikut peraturan negara tersebut!

Sekiranya mereka dah langgar undang-undang Malaysia, tolong hukum mereka.

Jikalau berada di Malaysia, perlulah berkelakuan seperti orang Malaysia.

Memalukan buat sebegini di negara orang.

Keluar tanpa keperluan ketika pandemik seharusnya dihukum di bawah pelanggaran ‘Undang-undang Kesihatan dan Keselamatan Kebangsaan’.

Bukan sahaja rakyat Malaysia yang marah dengan perkara ini bahkan rakyat daripada negara yang terlibat turut menyelar tindakan tidak sensitif mereka ini. Ini kerana hal sebegini boleh merosakkan imej negara tersebut dan mungkin akan menjejaskan hubungan di antara negara pada masa akan datang.

Sumber berita

Sumber komen (1)(2)

Comments

comments