Netizen Menzahirkan Pujian Kepada Ketua Pengarah Kesihatan Mengetuai Sidang Media

494
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Ketika ini semua petugas di barisan hadapan sedang menyerahkan segala kudrat dan usaha mereka untuk menyekat penyebaran wabak COVID-19. Petugas perubatan juga sedang menguruskan pesakit-pesakit yang disahkan positif dijangkiti COVID-19.

Itu tidak termasuk kes harian yang semkain meningkat dan membimbangkan. Bimbang bagaimana sekiranya mereka yang berada di barisan hadapan ini bakal dijangkiti. Kemungkinan yang dihadapi mereka sangatlah tinggi untuk terdedah kepada persekitaran yang berisiko.

Dalam kesemua petugas barisan hadapan, terdapat seorang insan yang bertindak mengetuai segala keputusan dan tindakan yang akan dilaksanakan ketika saat genting seperti ini. Tugas yang digalaskan amat berat kerana melibatkan ribuan nyawa rakyat Malaysia.

Setiap hari, kita sangat menantikan insan ini untuk berada di hadapan skrin media massa untuk menyampaikan informasi terkini tentang perkembangan wabak ini. Berita yang disampaikan oleh insan ini mengandungi pelbagai emosi yang dirasakan oleh orang ramai. Satu demi satu kes kematian yang umumkan sangat meruntun jiwa. Begitu juga perasaan lega apabila pengumuman jumlah pesakit yang sembuh juga meningkat.

Insan tersebut ialah Datuk Dr, Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

KP Kesihatan KKM
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Azizul Azri Ahmad, seorang pensyarah dan pakar pengurusan kewangan telah berkongsi luahan peribadinya di laman Facebook mengenai insan yang dianggap sebagai hero kepada rakyat Malaysia.

Lelaki ini hanya penjawat awam, dia bukan ahli politik. Wajahnya semakin lesu petang tadi. Dia tetap menjawab semua soalan media dengan sangat tenang dan sangat professional tanpa emosi.

Soalan yang berulang kali ditanya tetap disantuni dengan baik. Jawapannya penuh dengan fakta dan data terkini semasa. Sejak kes pertama Covid 19 dari 23 Januari 2020 hingga 24 Mac 2020 dialah lelaki yang yang mendebarkan setiap petang keluar di kaca tv.

Beliau akan umumkan jumlah kes dan jumlah kematian setiap hari. Beliau dan semua petugas kesihatan adalah hero sebenar
Rakyat Malaysia. Tanpa orang politik sekalipun, mereka terus bekerja dengan penuh taat dan sangat professional dan baik.

Tahniah buat Ketua Pengarah Kesihatan YBhg Datuk Dr Noor Hisyam Abdullah dan semua pasukan kesihatan dibawahnya. Sesungguhnya kami bangga dan berterima kasih kepada pasukan kesihatan yang kita ada. Moga Allah SWT merahmati pasukan tuan sesungguhnya.

Azizul Azli Ahmad.
Rakyat jelata

Netizen tersentuh dengan bait-bait kata yang ditulis oleh Azizul kerana merasakan beliau layak untuk menerima pujian sebegitu atas usaha yang telah dilakukan.

Setiap kali Datuk Dr Noor Hisham mengadakan sidang media harian untuk mengemaskini perkembangan COVID-19, beliau akan menggunakan bahasa yang mudah dan padat agar petugas media dan orang ramai dapat memahami secara jelas fakta angka yang dikeluarkan. Sesi soal jawab yang dikendalikan juga diuruskan dalam keadaan tenang meskipun terdapat beberapa soalan ulangan.

Terima kasih dari seluruh rakyat Malaysia.

Comments

comments