Netizen Minta CEO Poslaju Letak Jawatan, Tambah Jumlah Staf

223

Baru-baru ini viral di Twitter luahan seorang Netizen yang merasakan perkhidmatan Poslaju semakin teruk. Menurutnya, kiriman Poslaju mengambil masa lima hingga 10 hari untuk sampai kepada penerima berbanding tagline “Dijamin Sampai Esok”.




Bagaimanapun, ramai menyedari masalah sebenar bukan berpunca dari staf yang menyelenggara dan menghantar bungkusan, sebaliknya ia kerana staf tidak cukup sedangkan terlalu banyak bungkusan perlu dihantar sebelum cuti Hari Raya Aidilfitri.

Sehubungan itu ada yang menuntut Ketua Pegawai Eksekutif Poslaju untuk meletakkan jawatan.

Sementara itu, seorang gadis menceritakan bahawa teman lelakinya seorang posmen terpaksa balik lambat setiap hari kerana bungkusan terlalu banyak.


Bagaimanapun seorang pemuda mengatakan mereka membidas sistem Poslaju, dan bukan teman lelakinya.


Ada yang mendakwa, tidak ramai mahu menjadi posmen kerana gajinya rendah sedangkan kerja agak teruk.

“Yang janji barangan sampai awal orang atasan, tapi orang bawah yang hantar.”

Posmen belum berbuka sebab hantar bungkusan.

Boleh dikatakan, masalah penghantaran bungkusan Poslaju semakin kritikal dan suara posmen mengenai masalah gaji yang rendah itu sepatutnya diberi perhatian. Memang orang tidak lagi menghantar surat untuk bertanya khabar dengan kewujudan teknologi zaman kini tetapi keperluan menghantar dan menerima barangan dengan cepat masih wujud kerana pembelian barangan dalam talian.

Gaji yang rendah sememangnya tidak cukup apatah lagi buat mereka yang tinggal di ibu kota. Diharap Pos Malaysia dapat menyelesaikan masalah ini dengan segera. – amazingnara.com

Comments

comments