Netizen Perdebat Soal Budak ‘Kelas Belakang’ dan ‘Kelas Depan’ Waktu Sekolah

Waktu alam persekolahan pasti ada momen-momen yang tidak boleh dilupakan oleh pelajar mahupun guru. Kenangan manis atau pahit confirm akan ingat sampai bila-bila. Kalau dah dewasa, mesti rindu dengan zaman persekolahan.

Namun, masih ada segelintir individu yang bertanggapan tentang ‘budak kelas belakang’ dan ‘budak kelas depan’ waktu sekolah. Ada yang kata, budak ‘kelas belakang’ lebih elok daripada budak ‘kelas depan’.

Isu ini hangat diperdebat oleh netizen di Twitter mengatakan budak ‘kelas belakang’ mempunyai hubungan baik antara kawan mahupun guru dan sebaliknya untuk budak ‘kelas depan’.

Advertisement

Ramai yang bertanggapan budak ‘kelas belakang’ ni lah yang susah nak lost contact, selalu tanya khabar cikgu, tidak membanding antara satu sama lain. Ada juga yang anggap budak ‘kelas depan’ ni sombong, suka membanding dengan orang lain.

Ada individu berkata, budak ‘kelas depan’ tak tegur cikgu ada sebab, mungkin mereka segan atau malu nak tegur dengan cikgu sekolah diorang.

Tak kisah kelas depan ataupun belakang akhlak dan sahsiah haruslah dijaga terutamanya dengan guru.

Kedudukan kelas bukanlah pengukur segalanya, yang paling penting ialah adab dalam menuntut ilmu dan tingkah laku individu masing-masing. So, tak perlu nak bandingkan kelas mana yang paling bagus sebab setiap perkara pasti ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.

SUMBERTwitter

Comments