Netizen Puji Restoran Maklum Semua Pekerja Telah Divaksin

Pihak kerajaan baru-baru ini telah memberikan beberapa kelonggaran kepada penerima lengkap 2 dos vaksin Covid-19 yang tinggal dalam negeri fasa 2 dan 3. Antara kelonggaran yang diberikan termasuklah dibenarkan untuk makan di restoran makan dan ini sekaligus memberi peluang kepada peniaga untuk beroperasi.

Demi menyokong usaha kerajaan ini, sebuah restoran mamak Khulafa Bistro memaklumkan kesemua pekerjanya telah menerima suntikan vaksin. Usaha ini dilihat amat baik bagi memastikan pelanggan yang hadir rasa lebih selamat.

Gambar tersebut telah dikongsikan seorang pengguna Twitter @pearkuku di mana satu banner telah digantung di hadapan restoran mereka.

Advertisement

 

Kebanyakan netizen memuji usaha yang dilakukan pemilik restoran berkenaan dan ada juga yang berkongsikan gambar restoran di tempat lain yang turut menaikkan banner yang sama.

restoran

Mesej yang disampaikan ini sangat baik dan diharapkan kita semua dapat menjaga SOP yang telah ditetapkan. Walaupun sudah menerima suntikan vaksin lengkap, kita masih perlu berhati-hati dan tak leka dengan kelonggaran yang diberikan.Bagi negeri yang masih berada dalam fasa 1, harap terus bersabar. #kitajagakita

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

SUMBERTwitter

Comments