Netizen Sebak Lihat Warga Emas Jatuh Terduduk Selepas Rumah Hangus Dalam Kebakaran

1094
penoreh getah

Sayu hati melihatkan seorang warga emas jatuh terduduk selepas kehilangan kediamannya dalam satu kebakaran baru-baru ini. Rumah tempatnya berteduh bersama anak dan dua lagi cucu di Kampung Gerong Apal, Jertih, Besut hangus terbakar ketika dia keluar menoreh getah.

Warga emas berusia 65 tahun itu tiada di rumahnya ketika kebakaran berlaku manakala anak dan cucunya yang sedang tidur berjaya menyelamatkan diri. Anaknya tersedar dari tidur selepas asap tebal menyelubungi rumah terselamat dalam kebakaran itu.

kebakaran
Sumber
kebakaran rumah
Sumber

Kebakaran itu telah memusnahkan keseluruhan rumah dan menyebabkan keluarga itu tinggal sehelai sepinggang. Sebaik sahaja bomba tiba di tempat kejadian, api sudah membakar hampir keseluruhan rumah itu. Seramai 16 anggota dikerahkan ke tempat kejadian bersama dua jentera dan sebuah jentera tangki air.

Hulurkan bantuan

warga emas
Sumber

Ramai netizen turut bersimpati dengan nasib yang menimpa warga emas ini selepas gambarnya ini tular di media sosial. Sehinggakan ada yang bermurah hati ingin membantu meringankan beban keluarga tersebut. Menerusi perkongsian di Facebook, Mujahidah Ida tampil memberitahu cara untuk menghulurkan sumbangan.

facebook
Sumber

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati dengan musibah yang melanda keluarga ini dan ingin sama membantu. Mereka turut mendoakan segalanya dipermudahkan untuk keluarga ini.

Sumber

Comments

comments