Netizen Malaysia Bengang Dengan Netflix Siri “Street Food”

10060

 

Buat pengemar makanan jalanan, anda mesti tidak sabar untuk menonton Netflix pada pertengahan bulan April bagi menyaksikan semua gerai yang menghidangkan makanan jalanan yang menyelerakan di negara Asia yang lain sebagai panduan kepada anda semua jika berkunjung ke sana nanti.

Rata-rata masyarakat Malaysia sudah menyaksikan trailer dokumentari ini di Netflix. Pasti anda semua tak sabar nak lihat episod demi episod untuk siri pertama ini kan? Walaupun ia agak mengecewakan.

Mengapa mengecewakan? Ramai netizen tidak berpuas hati kerana untuk siri pertama yang bakal keluar nanti kerana  Malaysia tidak disenaraikan malahan negara tetangga kita seperti Indonesia, Thailand, Filipina dan Singapura termasuk dalam siri tersebut.

Dokumentari ini mengfokuskan beberapa negara di Asia iaitu Thailand, India, Taiwan, Jepun, Singapura, Indonesia, Filipina dan Vietnam.

Siapalah negara Malaysia di mata mereka?

Siri ini akan membawa anda mengenali lebih dekat mengenai makanan jalanan setiap negara Asia diselangi dengan kisah hidup para peniaga ini sambil mempamerkan sajian eksklusif mereka.

Beberapa pengguna Twitter dari Malaysia membalas kicauaan Netflix menyoal mengapa Malaysia terkecuali dalam siri dokumentasi jelajah makanan jalanan itu.

Menurut Mothership’s, agensi media yang mewakili Netflix berkata mereka tidak dapat  mengesahkan bahawa Malaysia akan disiarkan dalam musim kedua Street Food Asia.

Rata-rata pengguna Twitter bengang dan tidak puasa hati dan mengatakan bahawa Malaysia lebih banyak makanan jalanan berbanding Singapura.

Ada juga yang menulis mengatakan mereka silap kerana tidak memilih Malaysia yang kaya dengan pelbagai budaya dan makanan.




Kecewa memang kecewa. Tetapi kita semua harus bersabar agar negara luar juga mengenali kita sama seperti negara jiran kita Singapura.

Comments

comments