Netizen Teringat Jasa Netbook 1Malaysia Walau Tidak Berjenama

netbook 1malaysia

Rasanya sejak mulanya pandemik ini, ramai yang sedar bahawa aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung dari rumah sangatlah memerlukan perkakas komputer dan capaian internet yang kuat untuk kekal berhubung semasa proses PdPR berlangsung.

Baru-baru ini tular di media sosial apabila salah seorang pengguna Facebook yang meluahkan rasa syukur kerana sempat merasai pengalaman menggunakan Netbook 1Malaysia yang diberikan secara percuma oleh pihak kerajaan terdahulu.

netbook 1malaysia

Kerajaan terdahulu pernah melaksanakan inisiatif pemberian Netbook 1Malaysia secara percuma kepada para sekolah yang terpilih dan memerlukan dari kategori golongan B40. Umum tahu logo 1Malaysia yang dilekatkan pada Netbook tersebut menyebabkan ia dipandang enteng dan mencerminkan kualiti spesifikasi yang rendah oleh sesetengah orang.

Advertisement

Tambahan, meskipun spesifikasi biasa tetapi pemberian tersebut ternyata dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh kategori B40 bagi membeli komputer sebagai keperluan untuk aktiviti pembelajaran pada ketika itu.

Menjengah ke ruangan komen, nampaknya ramai diantara penerima netbook ‘lejen’ itu juga menzahirkan rasa syukur dan berkongsi cerita mengenai pengalaman mereka menggunakannya. 

Sumber

Comments