Netizen Terkejut Jurubahasa Isyarat RTM Sebenarnya Bukan OKU

Pasti ramai yang mengenali seorang individu wanita yang sering berada di penjuru kanan bawah televisyen saluran RTM.

Wanita berkenaan ialah Tan Lee Bee, yang sering menyampaikan berita menggunakan bahasa isyarat kepada golongan kurang upaya (OKU).

Secara tidak langsung sesiapa yang melihat terjemahan itu pasti akan menganggap bahawa wanita itu mesti golongan OKU juga. 

Advertisement

Bukan apa, lenggok dan kesungguhannya dalam menterjemah bahasa sememangnya penuh dengan perasaan.

Boleh berbicara

Baru-baru ini, seorang pengguna Tiktok menggunakan akaun man1075 telah memuat naik satu video yang menyangkal dakwaan kebanyakan netizen.

@zam1075

Reply to @miss_aien00 ??

? original sound – zam1075 – zam1075

Menerusi video berkenaan, Tan Lee Bee menjawab dakwaan orang ramai yang menganggap dia pekak dan bisu walhal sebenarnya dia boleh bercakap seperti orang biasa.

Ini telah menarik perhatian orang ramai yang selama ini tidak tahu tentang perkara ini.

Ramai rupanya tertipu dengan ‘lakonan’ Tan Lee Bee

Tinjauan ke ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen cukup terkejut dan kagum melihat Tan Lee Bee menggunakan bakatnya menterjemah bahasa isyarat.

Netizen terkejut jurubahasa RTM tak bisu
Sumber – TikTok zam1075

Ada sesetengah warganet yang berasa selama ini mereka telah tertipu dengan ‘lakonan’ jurubahasa isyarat tersebut.

Masih kelihatan awet muda

Ada juga netizen memuji rupa paras Tan Lee Bee yang kelihatan muda walaupun telah lama menggalas jawatan tersebut. Bukan itu sahaja, dia juga menterjemah dengan penuh jiwa dan perasaan.

Netizen terkejut jurubahasa RTM tak bisu
Sumber – TikTok zam1075

Apa-apa pun kesungguhan Tan Lee Bee dalam melakukan pekerjaannya harus diberi pujian menyeluruh kerana bukan senang untuk lakukan perkara itu.

Pendapat anda? Kongsikan bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara.

SUMBERTikTok

Comments