Netizen Teruja Tengok ‘Care Pack COVID-19’ Diberikan Kepada Rakyat Malaysia Di Itali Untuk Membendung COVID-19

bungkusan covid-19

Selain daripada China dan Korea Selatan, Itali turut mencatatkan kes yang tertinggi untuk wabak COVID-19. Oleh kerana keadaan yang membimbangkan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut menasihatkan rakyat Malaysia untuk menangguhkan Itali buat sementara waktu ini.

Baca: Catat 5 Kes Baru COVID-19, KKM Nasihat Tangguh Perjalanan Ke Itali, Jepun Dan Iran

Bagi membantu rakyat Malaysia di Itali, Kedutaan Malaysia di sana telah menghantar bungkusan pek penjagaan ‘Care Pack Covid-19’ kepada rakyat Malaysia yang menetap di kawasan yang kritikal terjejas. Di dalam bungkusan itu, ada hand-sanitizer, topeng muka, tisu basah, pek mee segera, dodol dan juga rendang!

Advertisement

bungkusan covid-19

Bungkusan yang dihantar kepada rakyat Malaysia ini menarik perhatian netizen di Malaysia di atas sikap keprihatinan Kedutaan Malaysia di sana. Tetapi dalam banyak-banyak benda yang dihantar, ramai yang lebih tertarik dengan bungkusan Maggi dan dodol yang dihantar!

Malaysia baru-baru ini mencatatkan gelombang kedua COVID-19 dengan beberapa kes terbaru yang dicatatkan dipercayai kontak rapat daripada satu kes kluster iaitu kes yang ke-26. Gelombang kedua kali ini juga majoritinya merupakan warganegara Malaysia berbeza dengan gelombang pertama yang terdiri daripada pelancong luar.

Artikel berkaitan: Gelombang Kedua COVID-19: KKM Umumkan Malaysia Catatkan 14 Kes Terbaru Hari Ini

Comments