New Zealand Buka Permohonan Visa Untuk Rakyat Malaysia Bekerja Sambil Melancong

104961
visa kerja new zealand

Sambil bercuti, sambil menambah pendapatan. Mungkin itulah matlamat utama yang ingin dicapai kerajaan New Zealand kerana kini mereka memberikan peluang itu kepada rakyat Malaysia. Kini anda berpeluang untuk makan angin di New Zealand sambil bekerja dengan visa bekerja ini.

New Zealand akan membuka permohonan untuk Malaysia Working Holiday Visa pada 23 Januari 2020 ini pada jam 10 pagi (waktu New Zealand). Visa yang dimohon ini akan membolehkan rakyat Malaysia melancong sambil bekerja di sana secara sah dari segi undang-undang.

visa malaysia
Sumber

Untuk mendapatkan visa ini anda perlu memenuhi kriteria dan syarat yang ditetapkan. Permohonan visa ini hanya dibuka kepada rakyat Malaysia dan mempunyai sekurang-kurangnya $2,250 sepanjang penginapan anda di New Zealand.

Selain itu, pemohon mestilah berusia 18 hingga 30 tahun dan hanya dibenarkan menetap di sana tidak lebih daripada tempoh enam bulan. Anda juga tidak dibenarkan memohon pekerjaan tetap di sana memandangkan tempoh enam bulan sahaja yang dibenarkan untuk visa ini.

Permohonan visa ini hanya boleh dilakukan secara atas talian sahaja. Untuk mereka yang ingin memohon atau menyemak syarat kelayakan, boleh mohon di laman rasmi New Zealand Immigration.

Artikel berkaitan: Korang Boleh Mohon Visa Bercuti Sambil Bekerja Di New Zealand Pada Tahun Hadapan

Comments

comments